Posts

Showing posts from 2015

sabar dan teruslah bersabar

Image
Teks: Raslah Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum sahabat sekalian Hari ini saya ingin bercakap mengenai kesabaran.  Maksud kesabaran ialah menahan diri dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Bersabar boleh dilihat melalui: 1- Kata-kata @ perkataan 2. Perbuatan Sabar dari sudut kata-kata ialah,menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah, Walaupun seseorang itu dibalas dengan kata-kata yang tidak baik namun dia mampu berdiam diri dan bersabar kerana dia tahu, orang yang bersabar dikurniakan ganjaran yang tinggi di sisi Allah, sesungguhnya keteguhan iman seseorang itu dapat dilihat melalui kebenaran kata-katanya. Sehingga segala tindakannya selaras dengan perbuatannya. Dan tidak mungkin seseorang itu akan menjadi lebih mulia melainkan dia bersabar dalam mengeluarkan kata-katanya. Kata-katanya menjadi penuh hikmah kerana ia lahir dari hati yang suci. Sabar dari sudut perbuatan pula

mee goreng

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Alhamdulilah masih diberikan usia yang sungguh bermakna dalam hidup ini. Maka bagi memenuhi kehidupan ini, hari ini salh ingin berkongsi resepi untuk membuat mee goreng. Bahan-bahan yang diperlukan 1. 200 gram mee kuning 2. 7 ekor udang yang sederhana besar 3. 4 sudu besar cili kisar 4.Satu ketul dada ayam yang dipotong dadu 5. satu genggam daun kucai 6. Garam & gula 7. Kicap 8.sos tiram (satu sudu kecil) 9. sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih di mayang untuk tumisan Cara memasak 1.Panaskan minyak,  masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga garing, masukkan ayam. 2. Setelah ayam masak masukkan cili kisar masak sehingga hilang bau dan naik minyak 3. seterusnya masukkan udang, setelah lebih kurang 3 minit masukkan mee, sos tiram kacau sehingga rata, kemudian masukkan kicap. 4. Setelah mee dikacau rata dan telah agak masak, masukkan sebiji telur, kemudian setelah beberapa minit, masukkan kucai , k

nasi lemak

Teks:Raslah Binti Hussin Mari kita belajar cara memasak nasi lemak. Bahan yang diperlukan ialah: Dua cawan beras Santan kelapa 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar Daun pandan Cara memasak Basuh beras seperti biasa,toskan kemudian masukkan ke dalam Periuk dan masukkan santan,bawang yg telah dipotong,kemudian daun pandan.Masaklah seperti biasa.

Adab makan

Teks:Raslah binti Hussin Antara adab makan yang perlu kita amalkan ialah 1-Makan menggunakan tangan kanan untuk membezakan amalan kita dengan amalan syaitan yang suka makan dan minum dengan tangan kiri. 2-Pastikan kita membaca bismillah sebelum menyuap makanan,agar iblis tidak menumpang waktu kita makan. 3-Jika makan beramai-ramai di dalam satu bekas,contohnya dulang,ambillah makanan bermula dari bahagian tepi. 4-Setelah habis makan,jilatlah jari bermula dari jari tengah,kemudian jari telunjuk,dan akhirnya ibu jari. Marilah kita mengamalkan adab-adab makan agar kita mendapat keberkatan dalam setiap suapan kits.

Menjual biar yang terbaik

Teks: Raslah Binti Hussin Jual beli adalah proses menjual dan membeli antara penjual dan pembeli. Dalam melakukan proses menjual dan membeli tutur kata yang baik perlulah diamalkan. Kedua-dua pihak harus menjaga hak masing-masing agar proses perniagaan yang berlaku mendapat keberkatan dari Allah. Penjual perlulah memastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan baik. Garis panduan yang jelas perlu digunakan untuk menjamin perniagaan berlangsung dengan penuh hemah dan tidak menipu. Penjual yang berhemah mengkaji barangan yang ingin diperdagangkan dan menjual barangan yang menepati ciri-ciri barangan yang diingini pelanggan. Seandainya ada kecacatan jujurlah dalam urusan perniagaan tersebut. Akhirnya sekali lagi pastikan jualan mengamalkan konsep "menjual biar yang terbaik" Insya Allah kita berjaya dunia dan akhirat. Selamat menjalankan jualan yang terbaik............

manisnya cinta

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Cinta Ibu & ayah Meniti hari demi hari kita merasakan begitu indahnya hidup yang kita lalui, ini kerana kita merasakan betapa manis hidup kerana kita dicintai & mencintai antara sesama insan. Cinta lahir dari rasa kasih dan sayang sehingga kita merasa saling perlu & memerlukan. Itulah kecintaan sesama manusia. Kasih seorang ibu menjadikan anaknya sentiasa dijaga dan dibelai sejak dari lahir hingga dewasa. Pengorbanan ibu bukan sedikit dan tidak terbayar dengan nilai wang ringgit. Ibu berdoa setiap hari untuk kesejahteraan anaknya. Kasih seorang bapa juga tidak dapat dinafikan juga. Tunggak utama keluarga ini sehabis baik menyediakan nafkah untuk keperluan anak dan isteri.Kebahagiaan anak & isteri menjadi matlamat diri. Kasih seorang rakan pada sahabatnya menjadikan seorang itu sentiasa merindui sahabatnya kala susah mahupun senang. Sahabat sejati dirindui setiap saat, bukan kerana harta dan pangkat,sahabat d

Niat dalam bekerja

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum & Selamat pagi Apa khabar rakan-rakan sekalian? Bertemu lagi diruangan ini, dan kali ini saya ingin memperkatakan tentang niat dalam membuat kerja atau amalan. Niat adalah perkara yang utama dalam membezakan antara amalan itu sebagai ibadah atau adat. Sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan ibadah khusus  contohnya  solat, perlu memasak niat di dalam takbiratul ihramnya. Manakala orang yang hanya menggangkat tangan seolah-olah menyerah diri, tidak di kira bersolat walaupun kelihatan sama perbuatannya. Sungguh banyak pahala yang dijanjikan Allah siapa yang berniat untuk melakukan kebaikan. Sebelum melakukannya,  Allah telah mencatat sepuluh pahala, selepas melakukannya sepuluh lagi pahala ditambah. Maka kita seharusya tahu apa yang kita niatkan setiap hari. Jadikan hari-hari yang kita lalui niat bekerjanya kerana Allah. Biarkan kita mendapat redha Allah sepanjang masa kita bekerja  dan semoga rahmat Allah

jemputan malam

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Carian google Jemputan malam menjadi fenomena  terkini dalam meraikan raja sehari.Suasana malam begitu meriah dengan disinari cahaya lampu-lampu yang bergermerlapan di luar dan dalam dewan . Ketibaan para tetamu disambut  mesra oleh tuan rumah serta kaum keluarga serta jiran tetangga. Bertuah sungguh saya kerana dijemput untuk sama-sama hadir dan menikmati juadah yang ada di sana. Saya melihat beberapa orang lelaki memainkan alat muzik dan seorang wanita menyanyikan beberapa buah lagu untuk menghangatkan lagi majlis perkahwinan ini. Berseri-seri kedua mempelai duduk bersanding atas pelamin. Saya makan beberapa jenis lauk yang begitu enak dan dapat mengenyangkan perut saya yang sedikit kekosongan ketika itu. Tepat jam 10 malam kami sekeluarga pulang dengan perut yang sudah kekenyangan.... Syukur alhamdulillah..

kari ikan

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum,hari ini saya ingin bercerita mengenai cara memasak kari ikan. bahan -bahan yang diperlukan: Seekor ikan merah yang bersaiz sederhana, di potong mengikut kesukaan masing-masing Santan kelapa Serbuk kunyit Serbuk kari dalam anggaran 5 sudu besar Tiga sudu besar cili kering yang telah dikisar Asam jawa Satu sudu kecil lada hitam & jintan manis yang ditumbuk halus Satu biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih yang telah ditumbuk Daun kari Kacang bendi 3 @ 2 sudu minyak masak Cara penyediaan: Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Masak sehingga kekuningan. Kemudian masukkan lada hitam dan jintan yang telah ditumbuk, masa sehingga garing. Setelah itu masukkan serbuk kari   dan serbuk kunyit yang dicampurkan sedikit air. Masak sehingga naik minyak.  Setelah kari naik minyak masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih. Setelah mend

susu kambing

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: koleksi peribadi Semalam saya minum produk mummy licious,berperisa vanilla. Sebelum ini saya pernah membeli produk susu kambing berjenama lain tetapi saya tidak dapat bertahan lama dengan produk tersebut kerana baunya yang hamis. Namun setelah saya minum susu kambing produk mummy licious saya rasa suka disebabkan rasanya yang sedap & baunya yang tidak hamis. Alhamdulillah inilah produk yang saya cari. Semoga saya dapat membantu sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan susu ini. Produk ini mempunyai beberapa perisa seperti vanila, coklat, strawberi. Sesuai untuk semua. Bayi berumur  3 bulan hinggalah orang dewasa boleh meminumnya. Harganya juga berpatutan dan mampu dimiliki oleh semua. Inilah susu minuman untuk seisi keluarga. Jika anda berminat boleh whatup: 0197108133

sarung lengan

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Koleksi peribadi        Sarung lengan merupakan sesuatu yang penting bagi menutup bahagian lengan hingga ke pergelangan tangan. Ramai wnita hari ini sedar tentang tanggungjawab untuk benar-benar menjaga bahagian tersebut dengan cara membeli sarung lengan yang terdapat dipasaran.            Kita boleh dapati,bermacam-macam  jenis sarung lengan dengan pelbagai  warna serta harga yang berpatutan.Dari serendah rm2.50 sehingga ke rm10 dan ke atas.        Saya pernah membeli sarung lengan yang berharga rm2.50 tetapi ianya tidak bertahan lama. Kemudian saya mencari sarung lengan yang dari jenis lain pula tetapi saya mendapati ianya mudah berbulu-bulu.           Akhirnya saya bertemu dengan sarung lengan berjenama sofwah yang lebih tebal dan tidak berbulu.Harganya juga tidak mahal jika kita bandingkan dengan kualiti kainnya serta pembeliannya memang berbaloi. Stokin lengan  tebal & tahan lasak. RM 10 sepasang Jika berminat boleh whatup: 0197108

muhasabah diri

Teks: Raslah Binti Hussin Dengan rahmat Allah saya masih mampu berbicara dan bercakap pada hari ini. Sungguh beruntung saya kerana dapat menikmati segala kurnianNya. Saya datang bekerja hari ini dengan kesihatan yang diberikan Allah. Saya melihat sahabat-sahabat tersenyum man is dengan kurniaan mata dari Allah.Udara yang saya hirup begitu segar,kaki melangkah dengan tersusun mengikut fitrahnya.Allah banyaknya nikmatMu padaku....aku tiada alasan untuk tidak mentaatimu Engkaulah Tuhanku....ampunkanlah dosaku...

Pengalaman dropship

Teks: Raslah Binti Hussin  Assalamualaikum Bersua kita di petang yang penuh berkah ini untuk sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman. Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya dalam menjadi agen dropship. Ceritanya bermula di sini, saya merupakan agen dropship baju muslimah. Seperti biasa saya akan mempromosikan baju-baju baru. Namun satu hal yang tidak dapat saya lupakan ialah kejadian semasa saya menjual baju pada Kak Zah(bukan nama sebenar). Kak Zah sepertimana pelanggan dropship yang lain turut tertarik untuk membeli baju yang dipromosikan. Beberapa helai baju telah dipilih olehnya untuk diri sendiri dan kedua-dua anak perempuan. Kak Zah telah memilih baju yang sesuai, namun setelah ukuran diberikan dia mendapati ukuran baju tersebut tidak sesuai dengan ukuran badannya. Ukuran itu nampak tidak seragam dengan ukuran biasa. Lama masa diambik untuk menggagak. Suatu hari Kak Zah menghubungi saya semula tetapi semua baju yang diinginya semuanya telah tiada stok.

telekung bersulam

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:koleksi peribadi Telekung merupakan pakaian rasmi bagi muslimah di nusantara. Pakaian rasmi solat ini menjadi amat penting bagi muslimah tidak mengira usia. Berbanding penduduk muslimah yang lain di negara-negara lain alam nusantara mempunyai pandangan tersendiri dalam menutup aurat ketika solat. Pelbagai jenis telekung terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti dan jenis produk yang dihasilkan. Bagi saya sendiri tidak salah untuk memiliki telekung yang cantik namun pemakaian telekung ini janganlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Kita boleh memilih telekung cantik ini untuk dipakai ketika berada di rumah. Khaskan telekung cantik ini untuk dipakai ketika solat berjemaah bersama suami & anak-anak. Manakala telekung yang sederhana boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tujuannya agar kita dapat menjaga diri kita dari bersikap riak dan kurang khusyuk ketika solat. Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Mungkin

pengorbanan ayah & ibu

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Setiap insan lahir atas kasih sayang antara dua insan yang amat istimewa ayah & ibu. Merekalah yang banyak berjasa dalam melahirkan kita. Tidak mengira siapapun kita tanpa adanya mereka mungkin kita tidak akan berjaya pada hari ini. Pengorbanan ayah & ibu sejak dilahirkan hingga kini tidak pernah berhenti. Ibu mengandungkan anaknya  9 bulan sepuluh hari dengan susah payah akhirnya lahirlah kita. Tangisan anak ketika malam sering mengganggu tidurnya ibu, namun ibu tidak pernah penat untuk melakukan segalanya untuk anak tercinta. Anak ditatang bagaikan minyak yang penuh, di asuh dididik dengan pelbagai ilmu sehinggalah anak memasuki alam persekoah. bermula peringkat paling rendah sehinggalah seterusnya. Ayah insan istimewa pendamping setia ibu, juga tidak pernah jemu, memberi nasihat & tunjuk ajar. Memberi nafkah untuk anak & isteri sehingga kadang-kadang ayah melupakan keinginan sendiri. Ayah memikul tanggungjawab bera

adab berjual beli

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:carian google Proses berjual beli melibatkan perhubungan antara penjual dan pembeli. Dalam berjual beli pastinya ada beberapa adab yang perlu dipatuhi. Adab-adab ini menjadikan proses berjual beli berjalan dengan lancar di samping dapat menjaga hak-hak penjual dan pembeli. Adab -adab sebagai penjual 1- Jujur dan amanah 2-Menjual dengan harga yang berpatutan 3- Menjual barangan yang baik yang tidak rosak 4-Tidak mengurangkan kadar timbangan 5- Meletakkan tanda harga 6- Bertolak ansur 7-Berakhlak mulia dan bersopan santun 8- Tidak menyorok barangan Adab-adab sebagai pembeli 1- Tidak berlebihan dalam meminta pengurangan harga 2- Memberi bayaran yang mencukupi dan betul 3- Bertolak ansur 4- Tidak mengambil kesempatan ketika penjual sibuk berniaga dengan menyorok barangan yang diambil 5- Bersopan santun 6- Berhemah ketika membeli Semoga kita dapat mengamalkan adab-adab jual beli  dan menjadi insan yang bertindak bijak.

sambal sotong

Image
Teks: Raslah binti Hussin Foto: Carian google Selamat malam semua rakan-rakan Sekarang mari kita sama-sama menyediakan sambal sotong cara saya Bahan-bahan yang diperlukan Bahan A 1- Sotong saiz sederhana besar 10 ekor Bahan B 2-Dua ulas bawang putih 3- Sebiji bawang besar 4- 7 sudu cili kering yang sudah dikisar 5-Garam dan gula secukup rasa 6-sos tiram 7- asam jawa 8- 2 sudu minyak masak Cara memasak: Bahan A, sotong direbus dalam 3 hingga 4 minit dan diangkat dan dibiarkan seketika. Sediakan bahan B, Bawang putih dan bawang merah ditumbuk kemudian tumis bawang tersebut sehingga garing. Setelah itu, masukkan cili kering yang telah dikisar , masak sehingga naik minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan sos tiram satu sudu kecil dan masukkan sotong dalam masa 3-4 minit kemudian angkat dan hidangkan. Sambal sotong sedap dimakan bersama nasi lemak, roti, mee dan lain-lain lagi. Selamat mencuba....

rendang ayam kampung

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto; Carian google Salam ukhwah , salam persahabatan...... Assalamualaikum Bismillahhirrahmanirrahim Berikut saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam kampung. Bahan yang di perlukan: Bahan A 1- 500 garam ayam yang telah dipotong 2-Sebiji kelapa yang diambil santannya Bahan B(dikisar) 3- Kunyit seruas jari 4-Lengkuas anggaran satu inci sahaja 5-Serai 3 batang 6-Bawang putih sebanyak 3 ulas 7- Bawang besar 2 biji 8-15 tangkai cili padi 9-15 tangkai cili kering Bahan C 10-Kerisik lebih kurang 5 sudu besar 11-garam & gula secukup rasa 12-5 helai  daun kunyit & 5 helai daun limau purut 13- Asam jawa Cara memasak: Masukkan bahan A ke dalam kuali Kemudian masukkan bahan B, Masukkan bahan C  Masak sehingga naik minyak . kemudian sediakan pinggan untuk dihidang. Rendang ayam kampung sedap dimakan bersama nasi putih atau ketupat & lemang pada musim perayaan.

kerja secara berjemaah

Teks: Raslah binti Hussin Wajah kecil comel dan manis sesungguhnya begitu menggembirakan hati seorang guru.Mereka lahir ke dunia dengan tujuan yang suci untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Datang ke sekolah menuntut ilmu merupakan tanggungjawab utama mereka pada masa ini.            Namun mereka belum mengerti tentang tanggungjawab, Malahan mereka tidak pernah tahu apa itu tanggungjawab. Sebagai seorang guru harapan untuk melihat anak didiknya berjaya adalah cita-cita utama & terulung.          Guru insan yang perlu bertindak memikirkan sesuatu yang terbaik, maka guru perlu ingat murid yang ada di depan mata mereka ini, sangat sukakan aktiviti berjemaah, berkongsi, berkumpulan atau beramai-ramai. Dari sini mereka dapat membina asas perhubungan antara rakan sebaya. Di mana pada akhirnya mereka dapat membina sifat jati diri, berani dan cara berkomunikasi dengan orang lain.        Justeru aktiviti seperti mainan secara berkumpulan dan pertandingan peringkat kelas, mampu me

GURU SEBAGAI ROLE MODEL

Teks: Raslah Binti Hussin                 Guru merupakan orang yang berpengaruh di sekolah malahan kalangan masyarakat. Keberkesanan pengajaran guru bukan hanya pada kebijaksanaan ilmunya tetapi pada peribadinya. Sebagai guru seseorang itu menjadi contoh yang mempengaruhi muridnya.                Guru sebagai "role model" boleh dilihat pada: 1-Penampilannya 2-Gaya percakapannya 3-Cara beliau melayan muridnya                Guru dilihat pada segala tingkah lakunya. Seterusnya murid akan melihat samada guru jujur, bercakap benar sesuai dengan tindakannya atau sebaliknya.Murid melihat sepanjang masa segala perubahan pada guru secara tidak langsung menyerap sifat-sifat positif dalam diri guru, begitu juga jika guru bertindak sebaliknya, maka murid lebih mudah melakukan perkara-perkara negatif.               Harapan ibu bapa terhadap anaknya begitu tinggi, sewajarnya guru menerima tanggungjawab ini dengan penuh amanah & menjadi suri tauladan buat anak didiknya.

baju muslimah

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Koleksi peribadi Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, Petang ini saya ingin bercakap mengenai Baju  muslimah. Baju  muslimah merupakan pakaian yang menjadi idaman wanita yang mementingkan cara penutupan aurat yang baik dan menepati kehendak syarak. Di pasaran kita boleh memilih bermacam-macam corak dan warna baju bagi memenuhi citarasa kita sebagai pengguna di samping kita tidak mengabaikan konsep utamanya iaitu menutup aurat. walaupun bermacam-macam warna dan pilihan tetapi warnanya tidak menjolok mata. Bagi ibu yang menyusukan pula baju ini amat memudahkan. Baju ini tidak perlu di gosok, malahan kainnya sangat lembut dan selesa serta menyerap peluh. Harganya pula berpatutan dan mampu dimiliki.

cucur udang

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto:carian google Resepi cucur udang Assalamualaikum rakan-rakan sekalian, Pagi ini saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat cucur udang Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 1-Tepung gandum 3cawan 2-udang saiz sederhana 13 ekor 3-Daun kucai,taugeh,bawang besar mengikut citarada masing-masing 4-cili yang telah dikisar anggaran 3 sudu 5-Garam secukup rasa 6- Minyak masak Caranya  Masukkan tepung gandum,setengah cawan air,udang yang telah dikupas kulitnya,kemudian kucai yang telah dipotong agak-agak dalam setengah inci,tiga genggam kucai,sedikit garam dan cili.Gaul rata-rata hingga sebati.     Setelah itu panaskan minyak.Setelah minyak panas dengan menggunakan sudu bentuklah cucur udang mengikut citarasa masing-masing.  Selamat mencuba....

belajar dan terus belajar

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: carian google   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته              Pendidikan yang berterusan adalah bermkna guru istiqamah dalam menjalankan usaha menjadikan muridnya seorang insan yang mulia dan terdidik.             Dalam menjalani tugasan yang begitu mencabar, guru berdepan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran. Kadang-kadang pengalaman itu memberi banyak  kebaikan  dan berguna untuk masa depan. Malahan memberi manfaat yang berterusan. Tetapi guru juga tidak terlepas dari menerima nasib yang malang apabila tindakannya di salah ertikan murid.           Untuk menjadi guru yang benar-benar berjaya dalam memegang amanah ini, guru perlu belajar dan terus belajar. Pentingnya sikap ini terus di amalkan kerana: 1- Membantu guru untuk mengubah gaya pengajaran dan tindakan 2-Memberi guru semangat untuk tidak mudah berputus asa 3- Ruang & peluang digunakan sepenuhnya untuk terus menimba pengalaman 4- Memberi peluang belajar dari kesila

memasak dengan teratur

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum Selamat bertemu lagi... Petang yang bertuah ini,saya akan berkongsi cara memasak yang teratur. 1.Pastikan barang yang diambil diletakkan di tempatnya semula 2.Tutup bekas barang yang telah digunakan dengan betul agar selamat digunakan serta tahan lama 3.Jika sudah selesai menyediakan bahan mentah untuk masakan basuhlah dengan segera 4. Alaslah dengan surat khabar atau plastik  sebelum memotong bahan-bahan masakan terutamanya bawang. 5. Jika mengelap meja jangan terus jatuhkan bahan atau sisa kotoran ke lantai, supaya kita tidak membuat kerja yang sama dua kali. 6.Pastikan peti sejuk disusun dengan kemas agar menjimatkan masa untuk kita mencari bahan yang diperlukan.

MEMBELI BARANG TERPAKAI

Tekis: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Membeli barangan terpakai bukanlah sesuatu yang merugikan. Malahan begitu menguntungkan seandainya kita bijak memilih barangan yang sesuai. Tempat seperti Rengit di Batu Pahat, menjanjikan pengalaman menarik untuk penggemar barangan terpakai. Deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan memberi pilihan kepada para peminatnya untuk menjejaki barangan yang diminati. Dari sekecil-kecil benda seperti pinggan mangkuk, penyangkut baju, seterika hinggalah kepada perabut-perabut yang besar. Namun para peminat barangan terpakai perlulah bijak membeli dan menilai barangan yang ingin dimilikinya agar tidak menyesal setelah membelinya.Pembeli perlu mengenal pasti harga pasaran dan menjangkakan harga lebih rendah sesuai dengan harga yang ditawarkan. Jangan terlalu ghairah untuk memiliki sesuatu kerana pada masa tertentu kita mungkin terpadaya dengan kata-kata penjual. Berhati-hatilah dan jangan ikut kehendak yang bukan-bukan sebaliknya pertimba

kesungguhan

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Selamat malam rakan -rakan Kesungguhan adalah rasa bersemangat yang sentiasa perlu ada pada jiwa pendidik. Kesungguhan atau ketekunan menjamin mutu kerja yang berkualiti. Siapapun yang inginkan kejayaan maka ciri utama ini perlu ada. Kesungguhan pendidik lahir dari keikhlasan hati, rasa tanggungjwab dan keinginan untuk memberi manfaat pada orang lain. Apabila lahirnya kesungguhan dalam jiwa kesannya dapat dilihat dalam beberapa aspek: 1- Hasil kerja guru yang baik, dan sentiasa dipertingkatkan 2- Peribadi guru yang begitu bersemangat walaupun banyak dugaan yang melanda 3-Kerja lebih tersusun dan sentiasa  mengambil kira keutamaan dalam kerja 4-Mengkaji tahap keberhasilan murid bagi setiap tindakan yang dilakukan. Setelah melihat kesan kesungguhan guru dalam beberapa aspek, pastinya kita dapat menjangka  bahawa guru yang punya kesungguhan dengan gabungan sifat-sifat mahmudah yang lain maka akan lahirlah insan cemerlang, gemilan

SAAT KEMATIAN DATANG

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Berita yang baru terima dari seorang rakan begitu mengejutkan. Tidak disangka seorang insan yang kelihatan begitu bersemangat tiba-tiba pengsan & terlantar di hospital. Terbayang kesungguhan insan ini dalam menjalankan tugas hariannya setiap hari tanpa rasa jemu walaupun terkadang dia insan biasa merasa sedikit terbeban. Insan tabah ini rupanya sudah lama menderita breast kanser. Kanser tahap empat yang dialaminya tidak sedikitpun menjadikan dia lemah di mata manusia, sehinggalah hari dia didapati pengsan dan semua rahsianya terbongkar. Begitu baru saya mendengar berita terlantarnya dia di hospital, jam 7 petang, telefon bimbit saya berbunyi. Itu tanda ada pesanan  baru masuk. Terkedu saya seketika. Mengalir air mata  ini.... Dia dijemput Ilahi..............tenanglah dirimu di sana. Innalillah wainnailaihirajiun Moga kematian ini menjadi pengajaran berharga buatku. Saat nyawa terpisah dari badan tiada lagi apa yang dilakuka

Nasi goreng kampung

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:carian  google Petang ini saya akan menyediakan nasi goreng kampung. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: 1. Nasi putih sebanyak dua cawan 2. Kangkung- 7 batang di potong seperti untuk masakan sayuran 3. Ikan bilis segenggam digoreng ranggup 4. Cili padi -5 tangkai 5. Sedikit belacan 6. Satu sudu kecil sos tiram 7. Satu biji telur digoreng 8. Daun bawang 9. Bawang putih sebanyak dua ulas - untuk ditumis 10. Bawang merah 3 ulas- untuk di tumis 11. 2 sudu minyak Cara penyediaannya: Pertama tumbuk cili padi bersama belacan.  Kedua panaskan kuali, masukkan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, goreng sehingga kekuningan dan garing. Ketiga angkat kedua-dua bawang yang telah digoreng, kemudian masukkan cili dan belacan yang telah ditumbuk. Masak cili sehingga hilang baunya, kemudian masukkan nasi. Kacau nasi sehingga betul-betul sebati. Keempat setelah nasi sebati dengan cili, masukkan kangkung yang te

harga sebuah ketaatan

Teks:Raslah binti  hussin Foto:tiada Setiap hari manusia berikar setia mengakui Allah Tuhan Yang Maha Esa.Tuhan yang  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menghadiah kita pelbagai nikmat sejak kita lahir hingga kita mati.Tiada tandingan kasihNya, melebihi kasih ibu pada anaknya.Tidak perlu membayar untuk kasihNya,atau membalas jasaNya.Tetapi manusia perlu satu menjadi hambaNya.Menyembah dan mentaatiNya...harga kepatuhan padaNya amat tinggi nilainya...taqwa,iman...membawa kita ke ke syurga...ketaatan yang membawa ketenangan pada jiwa...setiap saat & waktu...

kasih sayang berterusan

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Setiap wajah-wajah murid ini, adalah wajah yang suci, luhur dan tidak berdosa. Mereka dahagakan kasih sayang  dan perlukan ilmu untuk masa depan mereka. Tidak ada yang dapat memberikan kesan yang begitu mendalam pada jiwa anak-anak ini melainkan kasih sayang seseorang yang ikhlas terhadap mereka. Guru yang bijak bukanlah guru yang hanya bijak berbicara, tetapi guru sebenar ialah guru yang menyayangi muridnya. Sayangnya guru pada murid menginginkan muridnya menjadi lebih berjaya daripada dirinya. Berjaya di d dunia dan akhirat. Kasihnya guru pada muridnya menjadikan guru begitu tabah mengharungi detik-detik pengajaran dan pembelajaran. Kerana sayangnya guru pada muridnya akhlak yang mulia sentiasa diamalkan. Guru yang sayangkan muridnya juga akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengajar muridnya dengan pelbagai kaedah dan cara.

Bersabar menangani karenah

Teks: Raslah Binti Hussin Foto:tiada الصبر من الايمان Kesabaran adalah kunci utama untuk menangani pelajar. Pelajar yang pelbagai gaya dan rupa mengundang pelbagai persepsi di hati pendidik. Kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Maksud sabar ialah sanggup menahan diri untuk bertindak bijak bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Sabar boleh lahir dalam beberapa situasi: 1) Sabar dalam tindakan iaitu menahan anggota badan dari melakukan sebarang tindakan yang membinasakan 2) Sabar dalam percakapan iaitu menahan diri dari mencaci atau mengeluarkan kata-kata kesat Bagaimana terhasilnya sifat sabar? Terhasil daripada mujahadah yang berterusan Dibekalkan dengan ilmu dan bimbingan wahyu Hati yang luhur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu

stokin opaque silvy

Image
Teks: Raslah Hussin Foto: Carian google Sekian lama saya tercari-cari produk sarung kaki yang sesuai di pakai. Namun akhirnya saya berjaya menemuinya  melalui seorang rakan. Mulanya rakan saya memperkenalkan saya kepada sarung kaki silvy yang agak nipis tetapi lebih tebal daripada sarung kaki yang berada di pasaran. Sarung kaki tersebut saya beli dengan harga yang biasa antara RM 6 hingga RM7 sepasang, saya cukup suka dengan sarung kaki ini. Tetapi kegembiraan saya tidak lama kerana sarung kaki ini tidak tahan lama dan juga tidak tahan lasak. Sehinggalah pada suatu hari saya diperkenalkan oleh rakan yang sama sarung kaki jenama silvy opaque yang lebih tahan lasak dan lebih tebal. Tetapi harganya agak mahal RM10 hingga RM11 sepasang. Namun saya tidak kisah dengan harganya kerana melihat pada kualiti dan ketahanannya. Terima kasih sahabat... https://www.facebook.com/stokinsilvysandytermurah

Berhenti menyalahkan orang lain

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Semalam saya mengunjungi pasaraya Mydin di Parit Buntar.Tujuan saya & anak-anak ke sini untuk membeli sedikit keperluan.Semasa sampai di sana,saya dan keluarga,minum kopi yang dipromosikan dihadapan pasaraya.Setelah minum,kami pun membuang cawan kertas terbabit ke dalam tong sampah.   Tiba-tiba saya ternampak satu cawan kertas terbiar di  tengah laluan masuk. Lantas saya terdetik di dalam hati ,agaknya siapalah yang minum ni...kenapa buang di sini?   Saya mula berfikir, mengapa kita suka mencari alasan,atau masalah,padahal jalan yang terbaik ambik & buang ke dalam tong sahaja.    Kita cenderung menyalahkan orang lain,padahal kita boleh bersikap positif,InsyaAllah masalah yang datang itu adalah hadiah pahala dari  Allah.

sambal udang

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Jam menunjukkan waktu 10pagi.Setelah ke pasar bersama suami pagi tadi,suami meminta saya menyediakan sambal udang. Bahan-bahanya 1-udang anggaran 15 ekor,bersaiz sederhana 2-Dua  biji bawang besar dikisar @ ditumbuk 3-Dual ulas bawang putih 4-kunyit 5-garam 6-cili yang telah dikisar anggaran dalam 20 tangkai cili kering  Cara memasak Pertamanya basuh bersih udang,kemudian letakkan sedikit garam & kunyit. Kedua goreng udang selama lebih kurang 5 minit,jangan terlampau garing. Ketiga setelah udang diangkat,tumiskan bawang yang telah dikisar .Tumis sehingga garing. Keempat masukkan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak. Kelima masukkan garam & gula serta asam jawa. Keenam masukkan udang...dan taburkan bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.

pengalaman kenduri

Teks: Raslah binti Hussin Foto: Koleksi Peribadi 15 Mac,Parit  Buntar,menyaksikan perkahwinan merpati dua sejoli yang begitu sederhana.Perkahwinan ini dihadiri sanak saudara samada dari dekat mahupun jauh. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua hati malah menyatukan dual buah keluarga.Melahirkan ikatan kekeluargaan bagi insan yang belum mengenali untuk saling berkenalan.Sepertimana firman Allah yang bermaksud sesungguhnya kami jadi kamu,berbangsa-bangsa dan berpuak-puak,tidak lain supaya kamu sailing berkenalan. Hidup yang sementara ini adalah untuk menghubungkan tali persaudaraan antara satu sama lain,selain beribadah kepada Allah. Perkahwinan adalah detik terindah yang wajar dijadikan tempat untuk menimba sebanyak-banyaknya pahala.Tanggungjawab seorang isteri harus difahami dengan sebaiknya-baiknya agar segala amanah dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh kesabaran.Suami memegang tampuk utama perlu bertindak bijak menangani isteri secara berhemah.Kedua-duanya saling leng

kehidupan di kampung

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: carian google Cuti sekolah ini adalah masa paling bailk untuk balik ke kampung.Walaupun banyak perkara boleh dilakukan,namun kewajipan utama seorang anak adalah menjaga ibu bapanya terutamanya jika mereka sakit. Terasa begitu nikmat  dapat  berjumpa ibu di kampung. Melihat wajah ibu yang berkedut dimamah usia membayangkan betapa mereka begitu tabah melalui usia tua di samping anak-anak yang pelbagai ragam, semenjak kecil hingga dewasa. Tidak pernah ibu mengatakan penat dan mahu berhenti daripada tanggungjawab seorang ibu. Setabah itukah saya ketika ini?Alhamdulillah sekian kalinya lafaz itu  keluar lagi dari mulut ini, kerana masih dapat menatap wajah ibu tercinta. Kehilangan ayah sejak beberapa tahun lalu menjadikan kami anak-anak ibu semakin matang untuk memikul tanggungjawab. Kampung ini terasa begitu sunyi takkala hanya ada ibu seorang tanpa ditemani ayah, namun ibu tetap berkeras mahu berada di rumah usang itu, katanya "selagi aku sihat,

Kacang dal goreng daun kari

Image
TEKS :RASLAH BINTI HUSSIN FOTO: carian google Pada suatu petang  selepas menjalankan tugasan harian saya ke dapur melihat barang-barang yang terdapat dalam peti sejuk. Akhirnya saya dapati sebungkus kacang dal yang tinggal lebih kurang 500 gram sahaja. Saya terfikir untuk membuat dal goreng bersama daun kari. Sebelum memulakan proses menggoreng di sini saya terangkan cara-caranya: 1.Masukkan kacang ke dalam bekas,masukkan air dan rendam lebih kurang 2 jam 2.Setelah kacang kembang,toskan airnya 3.Selesai proses ke dua,panaskan minyak dalam kuali 4.Setelah minyak panas masukkan kacang dal sedikit demi sedikit,sehingga habis. 5.Setelah selesai menggoreng & letakkan beberapa helai daun kari. 6.Selesai proses menggoreng & minyak pada kacang ditoskan,masukkan garam& sedikit gula mengikut citarasa masing-masing Berminat untuk menempah,sila hubungi Raslah Hussin 0197108133..

pemakaian apron

Image
TEKS: Raslah Binti Hussin FOTO:carian google Selamat petang, sahabat-sahabat sekalian, Hari ini sukacita saya ingin berkongsi cara selamat memasak di dapur     SEBELUM MASUK KE DAPUR PASTIKAN ANDA MEMAKAI  APRON Apron ialah pakaian  yang dapat melindungi pakaian yang kita pakai. Apron boleh didapati dengan mudah di pasar raya, kedai-kedai menjual pakaian , kedai serbaneka dan sebagainya. Anda boleh dapati harga apron serendah RM2 hingga ke harga yang lebih tinggi dalam jangkaan RM20 mengikut kriteria  tertentu dan material kain yang lebih baik sesuai dengan harganya. Apapun tujuan asal apron adalah untuk mengelakkan kotoran melekat pada pakaian si pemakainya. .        PASTIKAN APRON YANG DIPAKAI BERSIH DAN MUDAH UNTUK DIPAKAIKAN PADA BADAN Setelah kita bercerita tentang tujuan apron dipakai , sekarang mari kita bercerita mengenai ciri-ciri asas yang perlu dilakukan oleh si pemakai apron, terutamnya si tukang masak di dapur. Apron mestilah bersih sebelum dipakai

syukur pada Allah

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: carian google Syukur Pada Allah      Sekolah Kebangsaaan Felda (SK LKTP) Bukit Ramun tidak terlepas dari kehadiran para murid dan para guru setiap hari persekolahan. Seawal jam 6.45 pagi jalan mula sibuk dengan kenderaan dan murid-murid yang bersimpang siur di persimpangan jalan. SK LKTP BUKIT RAMUN       Saya sendiri datang ke sekolah dengan memandu kereta proton savvy berwarna hitam dengan ditemani anak lelaki saya.       Saya melalui kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi panaroma indah sepanjang jalan saya menuju ke sekolah. Di kiri dan kanan jalan pokok kelapa sawit sentiasa setia menabur bakti pada insan-insan yang rajin berusaha sehingga saya hampir lupa pokok-pokok ini makin tua, kelihatan makin uzur pada pandangan mata saya. Mana tidak usianya mungkin sudah 30 tahun menanti masa untuk ditebang. Ladang kelapa sawit     Menelusuri jalan-jalan sebelum tiba ke sekolah, kelihatan di kiri jalan pejabat pos kecil. Berdeka

PENGENALAN DIRI

Image
TEKS: Raslah Binti Hussin Foto: Koleksi Peribadi Raslah Hussin السلام عليكم ورحمة الله وبركاته           Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan IzinNya dapat kita bersua dalam alam maya ini untuk sama-sama berkongsi sebahagian nikmat  Allah yang begitu banyak. Salam ukhwah, Salam perkenalan,       Begitu indah hidup ini dengan kurniaanNya kehidupan yang penuh warna. Kita dilahirkan pelbagai bangsa dan rupa untuk saling berkenalan. Sejajar dengan falsafah tersebut saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan diri saya.                Nama saya Raslah Binti Hussin . Dilahirkan di Kampung Pisang, Kupang Kedah Darul Aman. Hidup saya sungguh indah dan begitu bermakna kerana diberi kasih sayang yang tidak terhinggga oleh kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta.                  Saya dibesarkan dalam keluarga yang begitu sederhana tetapi cukup mementingkan pendidikan anak-anak. Sejak saya kecil ibu dan ayah telah mengajar saya membaca Al-Quran yang menjadi asa