kerja secara berjemaah

Teks: Raslah binti Hussin

Wajah kecil comel dan manis sesungguhnya begitu menggembirakan hati seorang guru.Mereka lahir ke dunia dengan tujuan yang suci untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi. Datang ke sekolah menuntut ilmu merupakan tanggungjawab utama mereka pada masa ini.
           Namun mereka belum mengerti tentang tanggungjawab, Malahan mereka tidak pernah tahu apa itu tanggungjawab. Sebagai seorang guru harapan untuk melihat anak didiknya berjaya adalah cita-cita utama & terulung.
         Guru insan yang perlu bertindak memikirkan sesuatu yang terbaik, maka guru perlu ingat murid yang ada di depan mata mereka ini, sangat sukakan aktiviti berjemaah, berkongsi, berkumpulan atau beramai-ramai. Dari sini mereka dapat membina asas perhubungan antara rakan sebaya. Di mana pada akhirnya mereka dapat membina sifat jati diri, berani dan cara berkomunikasi dengan orang lain.
       Justeru aktiviti seperti mainan secara berkumpulan dan pertandingan peringkat kelas, mampu memberi galakan untuk belajar.
     




Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI