Posts

Showing posts with the label Catatan pengalaman

manisnya cinta

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Cinta Ibu & ayah Meniti hari demi hari kita merasakan begitu indahnya hidup yang kita lalui, ini kerana kita merasakan betapa manis hidup kerana kita dicintai & mencintai antara sesama insan. Cinta lahir dari rasa kasih dan sayang sehingga kita merasa saling perlu & memerlukan. Itulah kecintaan sesama manusia. Kasih seorang ibu menjadikan anaknya sentiasa dijaga dan dibelai sejak dari lahir hingga dewasa. Pengorbanan ibu bukan sedikit dan tidak terbayar dengan nilai wang ringgit. Ibu berdoa setiap hari untuk kesejahteraan anaknya. Kasih seorang bapa juga tidak dapat dinafikan juga. Tunggak utama keluarga ini sehabis baik menyediakan nafkah untuk keperluan anak dan isteri.Kebahagiaan anak & isteri menjadi matlamat diri. Kasih seorang rakan pada sahabatnya menjadikan seorang itu sentiasa merindui sahabatnya kala susah mahupun senang. Sahabat sejati dirindui setiap saat, bukan kerana harta dan pangkat,sahabat d...

Pengalaman dropship

Teks: Raslah Binti Hussin  Assalamualaikum Bersua kita di petang yang penuh berkah ini untuk sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman. Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya dalam menjadi agen dropship. Ceritanya bermula di sini, saya merupakan agen dropship baju muslimah. Seperti biasa saya akan mempromosikan baju-baju baru. Namun satu hal yang tidak dapat saya lupakan ialah kejadian semasa saya menjual baju pada Kak Zah(bukan nama sebenar). Kak Zah sepertimana pelanggan dropship yang lain turut tertarik untuk membeli baju yang dipromosikan. Beberapa helai baju telah dipilih olehnya untuk diri sendiri dan kedua-dua anak perempuan. Kak Zah telah memilih baju yang sesuai, namun setelah ukuran diberikan dia mendapati ukuran baju tersebut tidak sesuai dengan ukuran badannya. Ukuran itu nampak tidak seragam dengan ukuran biasa. Lama masa diambik untuk menggagak. Suatu hari Kak Zah menghubungi saya semula tetapi semua baju yang diinginya semuanya telah tiada s...

pengorbanan ayah & ibu

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Setiap insan lahir atas kasih sayang antara dua insan yang amat istimewa ayah & ibu. Merekalah yang banyak berjasa dalam melahirkan kita. Tidak mengira siapapun kita tanpa adanya mereka mungkin kita tidak akan berjaya pada hari ini. Pengorbanan ayah & ibu sejak dilahirkan hingga kini tidak pernah berhenti. Ibu mengandungkan anaknya  9 bulan sepuluh hari dengan susah payah akhirnya lahirlah kita. Tangisan anak ketika malam sering mengganggu tidurnya ibu, namun ibu tidak pernah penat untuk melakukan segalanya untuk anak tercinta. Anak ditatang bagaikan minyak yang penuh, di asuh dididik dengan pelbagai ilmu sehinggalah anak memasuki alam persekoah. bermula peringkat paling rendah sehinggalah seterusnya. Ayah insan istimewa pendamping setia ibu, juga tidak pernah jemu, memberi nasihat & tunjuk ajar. Memberi nafkah untuk anak & isteri sehingga kadang-kadang ayah melupakan keinginan sendiri. Ayah memikul tanggungjawab ...

adab berjual beli

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:carian google Proses berjual beli melibatkan perhubungan antara penjual dan pembeli. Dalam berjual beli pastinya ada beberapa adab yang perlu dipatuhi. Adab-adab ini menjadikan proses berjual beli berjalan dengan lancar di samping dapat menjaga hak-hak penjual dan pembeli. Adab -adab sebagai penjual 1- Jujur dan amanah 2-Menjual dengan harga yang berpatutan 3- Menjual barangan yang baik yang tidak rosak 4-Tidak mengurangkan kadar timbangan 5- Meletakkan tanda harga 6- Bertolak ansur 7-Berakhlak mulia dan bersopan santun 8- Tidak menyorok barangan Adab-adab sebagai pembeli 1- Tidak berlebihan dalam meminta pengurangan harga 2- Memberi bayaran yang mencukupi dan betul 3- Bertolak ansur 4- Tidak mengambil kesempatan ketika penjual sibuk berniaga dengan menyorok barangan yang diambil 5- Bersopan santun 6- Berhemah ketika membeli Semoga kita dapat mengamalkan adab-adab jual beli  dan menjadi insan yang bertindak bijak.

MEMBELI BARANG TERPAKAI

Tekis: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Membeli barangan terpakai bukanlah sesuatu yang merugikan. Malahan begitu menguntungkan seandainya kita bijak memilih barangan yang sesuai. Tempat seperti Rengit di Batu Pahat, menjanjikan pengalaman menarik untuk penggemar barangan terpakai. Deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan memberi pilihan kepada para peminatnya untuk menjejaki barangan yang diminati. Dari sekecil-kecil benda seperti pinggan mangkuk, penyangkut baju, seterika hinggalah kepada perabut-perabut yang besar. Namun para peminat barangan terpakai perlulah bijak membeli dan menilai barangan yang ingin dimilikinya agar tidak menyesal setelah membelinya.Pembeli perlu mengenal pasti harga pasaran dan menjangkakan harga lebih rendah sesuai dengan harga yang ditawarkan. Jangan terlalu ghairah untuk memiliki sesuatu kerana pada masa tertentu kita mungkin terpadaya dengan kata-kata penjual. Berhati-hatilah dan jangan ikut kehendak yang bukan-bukan sebaliknya pertimba...

pengalaman kenduri

Teks: Raslah binti Hussin Foto: Koleksi Peribadi 15 Mac,Parit  Buntar,menyaksikan perkahwinan merpati dua sejoli yang begitu sederhana.Perkahwinan ini dihadiri sanak saudara samada dari dekat mahupun jauh. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua hati malah menyatukan dual buah keluarga.Melahirkan ikatan kekeluargaan bagi insan yang belum mengenali untuk saling berkenalan.Sepertimana firman Allah yang bermaksud sesungguhnya kami jadi kamu,berbangsa-bangsa dan berpuak-puak,tidak lain supaya kamu sailing berkenalan. Hidup yang sementara ini adalah untuk menghubungkan tali persaudaraan antara satu sama lain,selain beribadah kepada Allah. Perkahwinan adalah detik terindah yang wajar dijadikan tempat untuk menimba sebanyak-banyaknya pahala.Tanggungjawab seorang isteri harus difahami dengan sebaiknya-baiknya agar segala amanah dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh kesabaran.Suami memegang tampuk utama perlu bertindak bijak menangani isteri secara berhemah.Kedua-duanya saling ...