Berkasih sayang kerana Allah

Sesungguhnya setiap insan dilahirkan dengan fitrah untuk saling memerlukan dan suka kepada orang yang mengambil berat tentang dirinya.
Sifat mengambil berat ini lahir dari kasih sayang yang sememangnya menjadi fitrah manusia.
Berkasih sayang kerana Allah ada kasih yang murni lahir dari rasa ketaqwaan kepada Allah.
Kasih kerana Allah mendorong manusia untuk bertindak sejajar dengan tuntunan agama jauh mengatasi rasa belas kemanusiaan.
Kasih ibu dan ayah menjadikan mereka seorang yang tegas dalam menegakkan ajaran Islam namun masih dilaksanakan dalam ruang lingkup hikmah dan kebijaksanaan.
Usaha mendidik anak contohnya dalam solat, menyebabkan ibu bapa menilai perbuatan anak dari kaca mata agama, terutama apabila membangunkan anak di waktu subuh.
Kejutan pertama mungkin tidak membantu, namun usaha perlu diteruskan. Dengan kasih terhadap Allah mereka mampu bersabar.

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI