Posts

Showing posts with the label produk

sarung lengan

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Koleksi peribadi        Sarung lengan merupakan sesuatu yang penting bagi menutup bahagian lengan hingga ke pergelangan tangan. Ramai wnita hari ini sedar tentang tanggungjawab untuk benar-benar menjaga bahagian tersebut dengan cara membeli sarung lengan yang terdapat dipasaran.            Kita boleh dapati,bermacam-macam  jenis sarung lengan dengan pelbagai  warna serta harga yang berpatutan.Dari serendah rm2.50 sehingga ke rm10 dan ke atas.        Saya pernah membeli sarung lengan yang berharga rm2.50 tetapi ianya tidak bertahan lama. Kemudian saya mencari sarung lengan yang dari jenis lain pula tetapi saya mendapati ianya mudah berbulu-bulu.           Akhirnya saya bertemu dengan sarung lengan berjenama sofwah yang lebih tebal dan tidak berbulu.Harganya juga tidak mahal jika kita bandingkan dengan kualiti kainnya serta pembeliannya memang be...

telekung bersulam

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:koleksi peribadi Telekung merupakan pakaian rasmi bagi muslimah di nusantara. Pakaian rasmi solat ini menjadi amat penting bagi muslimah tidak mengira usia. Berbanding penduduk muslimah yang lain di negara-negara lain alam nusantara mempunyai pandangan tersendiri dalam menutup aurat ketika solat. Pelbagai jenis telekung terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti dan jenis produk yang dihasilkan. Bagi saya sendiri tidak salah untuk memiliki telekung yang cantik namun pemakaian telekung ini janganlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Kita boleh memilih telekung cantik ini untuk dipakai ketika berada di rumah. Khaskan telekung cantik ini untuk dipakai ketika solat berjemaah bersama suami & anak-anak. Manakala telekung yang sederhana boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tujuannya agar kita dapat menjaga diri kita dari bersikap riak dan kurang khusyuk ketika solat. Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Mungkin...

baju muslimah

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Koleksi peribadi Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian, Petang ini saya ingin bercakap mengenai Baju  muslimah. Baju  muslimah merupakan pakaian yang menjadi idaman wanita yang mementingkan cara penutupan aurat yang baik dan menepati kehendak syarak. Di pasaran kita boleh memilih bermacam-macam corak dan warna baju bagi memenuhi citarasa kita sebagai pengguna di samping kita tidak mengabaikan konsep utamanya iaitu menutup aurat. walaupun bermacam-macam warna dan pilihan tetapi warnanya tidak menjolok mata. Bagi ibu yang menyusukan pula baju ini amat memudahkan. Baju ini tidak perlu di gosok, malahan kainnya sangat lembut dan selesa serta menyerap peluh. Harganya pula berpatutan dan mampu dimiliki.

stokin opaque silvy

Image
Teks: Raslah Hussin Foto: Carian google Sekian lama saya tercari-cari produk sarung kaki yang sesuai di pakai. Namun akhirnya saya berjaya menemuinya  melalui seorang rakan. Mulanya rakan saya memperkenalkan saya kepada sarung kaki silvy yang agak nipis tetapi lebih tebal daripada sarung kaki yang berada di pasaran. Sarung kaki tersebut saya beli dengan harga yang biasa antara RM 6 hingga RM7 sepasang, saya cukup suka dengan sarung kaki ini. Tetapi kegembiraan saya tidak lama kerana sarung kaki ini tidak tahan lama dan juga tidak tahan lasak. Sehinggalah pada suatu hari saya diperkenalkan oleh rakan yang sama sarung kaki jenama silvy opaque yang lebih tahan lasak dan lebih tebal. Tetapi harganya agak mahal RM10 hingga RM11 sepasang. Namun saya tidak kisah dengan harganya kerana melihat pada kualiti dan ketahanannya. Terima kasih sahabat... https://www.facebook.com/stokinsilvysandytermurah