Posts

Showing posts with the label CATATAN HARIAN

sabar dan teruslah bersabar

Image
Teks: Raslah Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum sahabat sekalian Hari ini saya ingin bercakap mengenai kesabaran.  Maksud kesabaran ialah menahan diri dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah. Bersabar boleh dilihat melalui: 1- Kata-kata @ perkataan 2. Perbuatan Sabar dari sudut kata-kata ialah,menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah, Walaupun seseorang itu dibalas dengan kata-kata yang tidak baik namun dia mampu berdiam diri dan bersabar kerana dia tahu, orang yang bersabar dikurniakan ganjaran yang tinggi di sisi Allah, sesungguhnya keteguhan iman seseorang itu dapat dilihat melalui kebenaran kata-katanya. Sehingga segala tindakannya selaras dengan perbuatannya. Dan tidak mungkin seseorang itu akan menjadi lebih mulia melainkan dia bersabar dalam mengeluarkan kata-katanya. Kata-katanya menjadi penuh hikmah kerana ia lahir dari hati yang suci. Sabar dari sudut perbu...

Adab makan

Teks:Raslah binti Hussin Antara adab makan yang perlu kita amalkan ialah 1-Makan menggunakan tangan kanan untuk membezakan amalan kita dengan amalan syaitan yang suka makan dan minum dengan tangan kiri. 2-Pastikan kita membaca bismillah sebelum menyuap makanan,agar iblis tidak menumpang waktu kita makan. 3-Jika makan beramai-ramai di dalam satu bekas,contohnya dulang,ambillah makanan bermula dari bahagian tepi. 4-Setelah habis makan,jilatlah jari bermula dari jari tengah,kemudian jari telunjuk,dan akhirnya ibu jari. Marilah kita mengamalkan adab-adab makan agar kita mendapat keberkatan dalam setiap suapan kits.

Menjual biar yang terbaik

Teks: Raslah Binti Hussin Jual beli adalah proses menjual dan membeli antara penjual dan pembeli. Dalam melakukan proses menjual dan membeli tutur kata yang baik perlulah diamalkan. Kedua-dua pihak harus menjaga hak masing-masing agar proses perniagaan yang berlaku mendapat keberkatan dari Allah. Penjual perlulah memastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan baik. Garis panduan yang jelas perlu digunakan untuk menjamin perniagaan berlangsung dengan penuh hemah dan tidak menipu. Penjual yang berhemah mengkaji barangan yang ingin diperdagangkan dan menjual barangan yang menepati ciri-ciri barangan yang diingini pelanggan. Seandainya ada kecacatan jujurlah dalam urusan perniagaan tersebut. Akhirnya sekali lagi pastikan jualan mengamalkan konsep "menjual biar yang terbaik" Insya Allah kita berjaya dunia dan akhirat. Selamat menjalankan jualan yang terbaik............

Niat dalam bekerja

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum & Selamat pagi Apa khabar rakan-rakan sekalian? Bertemu lagi diruangan ini, dan kali ini saya ingin memperkatakan tentang niat dalam membuat kerja atau amalan. Niat adalah perkara yang utama dalam membezakan antara amalan itu sebagai ibadah atau adat. Sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan ibadah khusus  contohnya  solat, perlu memasak niat di dalam takbiratul ihramnya. Manakala orang yang hanya menggangkat tangan seolah-olah menyerah diri, tidak di kira bersolat walaupun kelihatan sama perbuatannya. Sungguh banyak pahala yang dijanjikan Allah siapa yang berniat untuk melakukan kebaikan. Sebelum melakukannya,  Allah telah mencatat sepuluh pahala, selepas melakukannya sepuluh lagi pahala ditambah. Maka kita seharusya tahu apa yang kita niatkan setiap hari. Jadikan hari-hari yang kita lalui niat bekerjanya kerana Allah. Biarkan kita mendapat redha Allah sepanjang masa kita bekerja  dan s...

jemputan malam

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto: Carian google Jemputan malam menjadi fenomena  terkini dalam meraikan raja sehari.Suasana malam begitu meriah dengan disinari cahaya lampu-lampu yang bergermerlapan di luar dan dalam dewan . Ketibaan para tetamu disambut  mesra oleh tuan rumah serta kaum keluarga serta jiran tetangga. Bertuah sungguh saya kerana dijemput untuk sama-sama hadir dan menikmati juadah yang ada di sana. Saya melihat beberapa orang lelaki memainkan alat muzik dan seorang wanita menyanyikan beberapa buah lagu untuk menghangatkan lagi majlis perkahwinan ini. Berseri-seri kedua mempelai duduk bersanding atas pelamin. Saya makan beberapa jenis lauk yang begitu enak dan dapat mengenyangkan perut saya yang sedikit kekosongan ketika itu. Tepat jam 10 malam kami sekeluarga pulang dengan perut yang sudah kekenyangan.... Syukur alhamdulillah..

muhasabah diri

Teks: Raslah Binti Hussin Dengan rahmat Allah saya masih mampu berbicara dan bercakap pada hari ini. Sungguh beruntung saya kerana dapat menikmati segala kurnianNya. Saya datang bekerja hari ini dengan kesihatan yang diberikan Allah. Saya melihat sahabat-sahabat tersenyum man is dengan kurniaan mata dari Allah.Udara yang saya hirup begitu segar,kaki melangkah dengan tersusun mengikut fitrahnya.Allah banyaknya nikmatMu padaku....aku tiada alasan untuk tidak mentaatimu Engkaulah Tuhanku....ampunkanlah dosaku...

SAAT KEMATIAN DATANG

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Berita yang baru terima dari seorang rakan begitu mengejutkan. Tidak disangka seorang insan yang kelihatan begitu bersemangat tiba-tiba pengsan & terlantar di hospital. Terbayang kesungguhan insan ini dalam menjalankan tugas hariannya setiap hari tanpa rasa jemu walaupun terkadang dia insan biasa merasa sedikit terbeban. Insan tabah ini rupanya sudah lama menderita breast kanser. Kanser tahap empat yang dialaminya tidak sedikitpun menjadikan dia lemah di mata manusia, sehinggalah hari dia didapati pengsan dan semua rahsianya terbongkar. Begitu baru saya mendengar berita terlantarnya dia di hospital, jam 7 petang, telefon bimbit saya berbunyi. Itu tanda ada pesanan  baru masuk. Terkedu saya seketika. Mengalir air mata  ini.... Dia dijemput Ilahi..............tenanglah dirimu di sana. Innalillah wainnailaihirajiun Moga kematian ini menjadi pengajaran berharga buatku. Saat nyawa terpisah dari badan tiada lagi apa yang...

harga sebuah ketaatan

Teks:Raslah binti  hussin Foto:tiada Setiap hari manusia berikar setia mengakui Allah Tuhan Yang Maha Esa.Tuhan yang  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menghadiah kita pelbagai nikmat sejak kita lahir hingga kita mati.Tiada tandingan kasihNya, melebihi kasih ibu pada anaknya.Tidak perlu membayar untuk kasihNya,atau membalas jasaNya.Tetapi manusia perlu satu menjadi hambaNya.Menyembah dan mentaatiNya...harga kepatuhan padaNya amat tinggi nilainya...taqwa,iman...membawa kita ke ke syurga...ketaatan yang membawa ketenangan pada jiwa...setiap saat & waktu...

Berhenti menyalahkan orang lain

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Semalam saya mengunjungi pasaraya Mydin di Parit Buntar.Tujuan saya & anak-anak ke sini untuk membeli sedikit keperluan.Semasa sampai di sana,saya dan keluarga,minum kopi yang dipromosikan dihadapan pasaraya.Setelah minum,kami pun membuang cawan kertas terbabit ke dalam tong sampah.   Tiba-tiba saya ternampak satu cawan kertas terbiar di  tengah laluan masuk. Lantas saya terdetik di dalam hati ,agaknya siapalah yang minum ni...kenapa buang di sini?   Saya mula berfikir, mengapa kita suka mencari alasan,atau masalah,padahal jalan yang terbaik ambik & buang ke dalam tong sahaja.    Kita cenderung menyalahkan orang lain,padahal kita boleh bersikap positif,InsyaAllah masalah yang datang itu adalah hadiah pahala dari  Allah.

kehidupan di kampung

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: carian google Cuti sekolah ini adalah masa paling bailk untuk balik ke kampung.Walaupun banyak perkara boleh dilakukan,namun kewajipan utama seorang anak adalah menjaga ibu bapanya terutamanya jika mereka sakit. Terasa begitu nikmat  dapat  berjumpa ibu di kampung. Melihat wajah ibu yang berkedut dimamah usia membayangkan betapa mereka begitu tabah melalui usia tua di samping anak-anak yang pelbagai ragam, semenjak kecil hingga dewasa. Tidak pernah ibu mengatakan penat dan mahu berhenti daripada tanggungjawab seorang ibu. Setabah itukah saya ketika ini?Alhamdulillah sekian kalinya lafaz itu  keluar lagi dari mulut ini, kerana masih dapat menatap wajah ibu tercinta. Kehilangan ayah sejak beberapa tahun lalu menjadikan kami anak-anak ibu semakin matang untuk memikul tanggungjawab. Kampung ini terasa begitu sunyi takkala hanya ada ibu seorang tanpa ditemani ayah, namun ibu tetap berkeras mahu berada di rumah usang itu, katanya "selagi a...

syukur pada Allah

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: carian google Syukur Pada Allah      Sekolah Kebangsaaan Felda (SK LKTP) Bukit Ramun tidak terlepas dari kehadiran para murid dan para guru setiap hari persekolahan. Seawal jam 6.45 pagi jalan mula sibuk dengan kenderaan dan murid-murid yang bersimpang siur di persimpangan jalan. SK LKTP BUKIT RAMUN       Saya sendiri datang ke sekolah dengan memandu kereta proton savvy berwarna hitam dengan ditemani anak lelaki saya.       Saya melalui kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi panaroma indah sepanjang jalan saya menuju ke sekolah. Di kiri dan kanan jalan pokok kelapa sawit sentiasa setia menabur bakti pada insan-insan yang rajin berusaha sehingga saya hampir lupa pokok-pokok ini makin tua, kelihatan makin uzur pada pandangan mata saya. Mana tidak usianya mungkin sudah 30 tahun menanti masa untuk ditebang. Ladang kelapa sawit     Menelusuri jalan-jalan sebelum tiba ke ...