jemputan malam

Teks:Raslah binti Hussin
Foto: Carian google
Jemputan malam menjadi fenomena  terkini dalam meraikan raja sehari.Suasana malam begitu meriah dengan disinari cahaya lampu-lampu yang bergermerlapan di luar dan dalam dewan
.
Ketibaan para tetamu disambut  mesra oleh tuan rumah serta kaum keluarga serta jiran tetangga.

Bertuah sungguh saya kerana dijemput untuk sama-sama hadir dan menikmati juadah yang ada di sana. Saya melihat beberapa orang lelaki memainkan alat muzik dan seorang wanita menyanyikan beberapa buah lagu untuk menghangatkan lagi majlis perkahwinan ini.

Berseri-seri kedua mempelai duduk bersanding atas pelamin. Saya makan beberapa jenis lauk yang begitu enak dan dapat mengenyangkan perut saya yang sedikit kekosongan ketika itu.

Tepat jam 10 malam kami sekeluarga pulang dengan perut yang sudah kekenyangan....

Syukur alhamdulillah..

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI