sabar dan teruslah bersabar



Teks: Raslah Hussin
Foto: Carian google

Assalamualaikum sahabat sekalian

Hari ini saya ingin bercakap mengenai kesabaran. 
Maksud kesabaran ialah menahan diri dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
Bersabar boleh dilihat melalui:
1- Kata-kata @ perkataan
2. Perbuatan


Sabar dari sudut kata-kata ialah,menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah, Walaupun seseorang itu dibalas dengan kata-kata yang tidak baik namun dia mampu berdiam diri dan bersabar kerana dia tahu, orang yang bersabar dikurniakan ganjaran yang tinggi di sisi Allah, sesungguhnya keteguhan iman seseorang itu dapat dilihat melalui kebenaran kata-katanya. Sehingga segala tindakannya selaras dengan perbuatannya. Dan tidak mungkin seseorang itu akan menjadi lebih mulia melainkan dia bersabar dalam mengeluarkan kata-katanya. Kata-katanya menjadi penuh hikmah kerana ia lahir dari hati yang suci.

Sabar dari sudut perbuatan pula ialah seseorang itu tidak akan bertindak terburu-buru kerana dia mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Tindakannya hanya di bimbing oleh rasa tanggungjawab dan dia bertindak mengikut garis panduan yang ditentukan syarak. Marahnya hanya kerana Allah.Sepertimana sikap Saidina Umar Ibn Al-Khattab.


Cara berfikir adalah puncak segala tindakan, Jika fikiran dipenuhi rasa irihati dan sifat mazmumah maka akan kuranglah sifat kesabaran seseorang itu. Maka tempatnya akan diambil oleh rasa kesombongan dan riak, dan timbullah pelbagai masalah.

Kesimpulannaya, kita haruslah sentiasa berfikir untuk menjadi hamba Allah yang soleh, merasakan Allah sentiasa melihat perbuatan kita dan redhalah dengan segala ketentuan Allah. InsyaAllah kesabaran akan datang kepada kita.


Sabar dan teruslah bersabar................
salam perjuangan...................

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

Berkasih sayang kerana Allah