Saturday, 9 May 2015

sabar dan teruslah bersabar



Teks: Raslah Hussin
Foto: Carian google

Assalamualaikum sahabat sekalian

Hari ini saya ingin bercakap mengenai kesabaran. 
Maksud kesabaran ialah menahan diri dari melakukan dosa dan perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah.
Bersabar boleh dilihat melalui:
1- Kata-kata @ perkataan
2. Perbuatan


Sabar dari sudut kata-kata ialah,menahan diri daripada mengeluarkan kata-kata yang sia-sia dan tidak berfaedah, Walaupun seseorang itu dibalas dengan kata-kata yang tidak baik namun dia mampu berdiam diri dan bersabar kerana dia tahu, orang yang bersabar dikurniakan ganjaran yang tinggi di sisi Allah, sesungguhnya keteguhan iman seseorang itu dapat dilihat melalui kebenaran kata-katanya. Sehingga segala tindakannya selaras dengan perbuatannya. Dan tidak mungkin seseorang itu akan menjadi lebih mulia melainkan dia bersabar dalam mengeluarkan kata-katanya. Kata-katanya menjadi penuh hikmah kerana ia lahir dari hati yang suci.

Sabar dari sudut perbuatan pula ialah seseorang itu tidak akan bertindak terburu-buru kerana dia mempunyai sifat kesabaran yang tinggi. Tindakannya hanya di bimbing oleh rasa tanggungjawab dan dia bertindak mengikut garis panduan yang ditentukan syarak. Marahnya hanya kerana Allah.Sepertimana sikap Saidina Umar Ibn Al-Khattab.


Cara berfikir adalah puncak segala tindakan, Jika fikiran dipenuhi rasa irihati dan sifat mazmumah maka akan kuranglah sifat kesabaran seseorang itu. Maka tempatnya akan diambil oleh rasa kesombongan dan riak, dan timbullah pelbagai masalah.

Kesimpulannaya, kita haruslah sentiasa berfikir untuk menjadi hamba Allah yang soleh, merasakan Allah sentiasa melihat perbuatan kita dan redhalah dengan segala ketentuan Allah. InsyaAllah kesabaran akan datang kepada kita.


Sabar dan teruslah bersabar................
salam perjuangan...................

mee goreng

Teks: Raslah Binti Hussin
Foto:Carian google

Alhamdulilah masih diberikan usia yang sungguh bermakna dalam hidup ini. Maka bagi memenuhi kehidupan ini, hari ini salh ingin berkongsi resepi untuk membuat mee goreng.

Bahan-bahan yang diperlukan
1. 200 gram mee kuning
2. 7 ekor udang yang sederhana besar
3. 4 sudu besar cili kisar
4.Satu ketul dada ayam yang dipotong dadu
5. satu genggam daun kucai
6. Garam & gula
7. Kicap
8.sos tiram (satu sudu kecil)
9. sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih di mayang untuk tumisan


Cara memasak
1.Panaskan minyak,  masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga garing, masukkan ayam.
2. Setelah ayam masak masukkan cili kisar masak sehingga hilang bau dan naik minyak
3. seterusnya masukkan udang, setelah lebih kurang 3 minit masukkan mee, sos tiram kacau sehingga rata, kemudian masukkan kicap.
4. Setelah mee dikacau rata dan telah agak masak, masukkan sebiji telur, kemudian setelah beberapa minit, masukkan kucai , kacau sekejap dan terus angkat.


Thursday, 30 April 2015

nasi lemak

Teks:Raslah Binti Hussin
Mari kita belajar cara memasak nasi lemak.
Bahan yang diperlukan ialah:
Dua cawan beras
Santan kelapa
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Daun pandan
Cara memasak
Basuh beras seperti biasa,toskan kemudian masukkan ke dalam Periuk dan masukkan santan,bawang yg telah dipotong,kemudian daun pandan.Masaklah seperti biasa.

Adab makan

Teks:Raslah binti Hussin

Antara adab makan yang perlu kita amalkan ialah
1-Makan menggunakan tangan kanan untuk membezakan amalan kita dengan amalan syaitan yang suka makan dan minum dengan tangan kiri.
2-Pastikan kita membaca bismillah sebelum menyuap makanan,agar iblis tidak menumpang waktu kita makan.
3-Jika makan beramai-ramai di dalam satu bekas,contohnya dulang,ambillah makanan bermula dari bahagian tepi.
4-Setelah habis makan,jilatlah jari bermula dari jari tengah,kemudian jari telunjuk,dan akhirnya ibu jari.

Marilah kita mengamalkan adab-adab makan agar kita mendapat keberkatan dalam setiap suapan kits.

Tuesday, 28 April 2015

Menjual biar yang terbaik

Teks: Raslah Binti Hussin

Jual beli adalah proses menjual dan membeli antara penjual dan pembeli. Dalam melakukan proses menjual dan membeli tutur kata yang baik perlulah diamalkan.

Kedua-dua pihak harus menjaga hak masing-masing agar proses perniagaan yang berlaku mendapat keberkatan dari Allah.

Penjual perlulah memastikan barangan yang dijual berada dalam keadaan baik. Garis panduan yang jelas perlu digunakan untuk menjamin perniagaan berlangsung dengan penuh hemah dan tidak menipu.

Penjual yang berhemah mengkaji barangan yang ingin diperdagangkan dan menjual barangan yang menepati ciri-ciri barangan yang diingini pelanggan. Seandainya ada kecacatan jujurlah dalam urusan perniagaan tersebut.

Akhirnya sekali lagi pastikan jualan mengamalkan konsep "menjual biar yang terbaik" Insya Allah kita berjaya dunia dan akhirat.

Selamat menjalankan jualan yang terbaik............

Monday, 27 April 2015

manisnya cinta

Teks:Raslah Binti Hussin
Foto: Carian google

Cinta Ibu & ayah


Meniti hari demi hari kita merasakan begitu indahnya hidup yang kita lalui, ini kerana kita merasakan betapa manis hidup kerana kita dicintai & mencintai antara sesama insan.

Cinta lahir dari rasa kasih dan sayang sehingga kita merasa saling perlu & memerlukan. Itulah kecintaan sesama manusia.

Kasih seorang ibu menjadikan anaknya sentiasa dijaga dan dibelai sejak dari lahir hingga dewasa. Pengorbanan ibu bukan sedikit dan tidak terbayar dengan nilai wang ringgit. Ibu berdoa setiap hari untuk kesejahteraan anaknya.

Kasih seorang bapa juga tidak dapat dinafikan juga. Tunggak utama keluarga ini sehabis baik menyediakan nafkah untuk keperluan anak dan isteri.Kebahagiaan anak & isteri menjadi matlamat diri.

Kasih seorang rakan pada sahabatnya menjadikan seorang itu sentiasa merindui sahabatnya kala susah mahupun senang. Sahabat sejati dirindui setiap saat, bukan kerana harta dan pangkat,sahabat dirindui kerana akhlak dan budinya.

Kasih sahabat sejati

Itulah manisnya kasih ibu, ayah dan juga sahabat sejati.

Terima kasih insan-insan tersayang...


Friday, 24 April 2015

Niat dalam bekerja

Teks: Raslah Binti Hussin
Foto: Carian google

Assalamualaikum & Selamat pagi

Apa khabar rakan-rakan sekalian?
Bertemu lagi diruangan ini, dan kali ini saya ingin memperkatakan tentang niat dalam membuat kerja atau amalan.

Niat adalah perkara yang utama dalam membezakan antara amalan itu sebagai ibadah atau adat. Sesiapa sahaja yang berniat untuk melakukan ibadah khusus  contohnya  solat, perlu memasak niat di dalam takbiratul ihramnya. Manakala orang yang hanya menggangkat tangan seolah-olah menyerah diri, tidak di kira bersolat walaupun kelihatan sama perbuatannya.

Sungguh banyak pahala yang dijanjikan Allah siapa yang berniat untuk melakukan kebaikan. Sebelum melakukannya,  Allah telah mencatat sepuluh pahala, selepas melakukannya sepuluh lagi pahala ditambah.

Maka kita seharusya tahu apa yang kita niatkan setiap hari. Jadikan hari-hari yang kita lalui niat bekerjanya kerana Allah. Biarkan kita mendapat redha Allah sepanjang masa kita bekerja  dan semoga rahmat Allah sentiasa melimpahi dan memayungi kita.

Bekerja kerana memenuhi tanggungjawab sebagai khalifah Allah, menunaikan amanah Allah serta jujurlah dalam segala tindakan.

Semoga kita berjaya dunia dan akhirat.