Posts

Showing posts from April, 2019

Berkasih sayang kerana Allah

Sesungguhnya setiap insan dilahirkan dengan fitrah untuk saling memerlukan dan suka kepada orang yang mengambil berat tentang dirinya. Sifat mengambil berat ini lahir dari kasih sayang yang sememangnya menjadi fitrah manusia. Berkasih sayang kerana Allah ada kasih yang murni lahir dari rasa ketaqwaan kepada Allah. Kasih kerana Allah mendorong manusia untuk bertindak sejajar dengan tuntunan agama jauh mengatasi rasa belas kemanusiaan. Kasih ibu dan ayah menjadikan mereka seorang yang tegas dalam menegakkan ajaran Islam namun masih dilaksanakan dalam ruang lingkup hikmah dan kebijaksanaan. Usaha mendidik anak contohnya dalam solat, menyebabkan ibu bapa menilai perbuatan anak dari kaca mata agama, terutama apabila membangunkan anak di waktu subuh. Kejutan pertama mungkin tidak membantu, namun usaha perlu diteruskan. Dengan kasih terhadap Allah mereka mampu bersabar.

Cinta seorang anak

Askm dan selamat malam Jam menunjukkan 10.30 malam. Tiba_tiba teringat pula kepada mama dan abah. RINDU itu menyapa lagi dengan doa dan ingatan harapan pada Allah yang Maha Pengasih tidak pernah putus.  Kasih ibu dan ayah yang telah pergi memberikan rasa kuat untuk meneruskan kehidupan, tidak melemahkan malahan menguatkan. Teringat kata_kata mereka setiap insan pasti akan meninggalkan dunia fana. Siapalah kami untuk terus hidup di dunia ini. DUNIA ini adalah ujian untukmu. JANGAN mudah berputus asa.. Cintaku pada mereka memerlukan muhasabah, memerlukan perjuangan dan kesabaran, kerana tanpa kesedaran mana mungkin aku menjadi anak soleh. Detik hati. Sungguh cinta seorang anak mungkin tak mampu membalas cinta orang tuanya.Namun berusahalah untuk jadi yang terbaik.. Saya sayang ibu dan ayah..