Posts

Showing posts from March, 2015

belajar dan terus belajar

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: carian google   السلام عليكم ورحمة الله وبركاته              Pendidikan yang berterusan adalah bermkna guru istiqamah dalam menjalankan usaha menjadikan muridnya seorang insan yang mulia dan terdidik.             Dalam menjalani tugasan yang begitu mencabar, guru berdepan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran. Kadang-kadang pengalaman itu memberi banyak  kebaikan  dan berguna untuk masa depan. Malahan memberi manfaat yang berterusan. Tetapi guru juga tidak terlepas dari menerima nasib yang malang apabila tindakannya di salah ertikan murid.           Untuk menjadi guru yang benar-benar berjaya dalam memegang amanah ini, guru perlu belajar dan terus belajar. Pentingnya sikap ini terus di amalkan kerana: 1- Membantu guru untuk mengubah gaya pengajaran dan tindakan 2-Memberi guru semangat untuk tidak mudah berputus asa 3- Ruang & peluang digunakan sepenuhnya untuk terus menimba pengalaman 4- Memberi peluang belajar dari kesila

memasak dengan teratur

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum Selamat bertemu lagi... Petang yang bertuah ini,saya akan berkongsi cara memasak yang teratur. 1.Pastikan barang yang diambil diletakkan di tempatnya semula 2.Tutup bekas barang yang telah digunakan dengan betul agar selamat digunakan serta tahan lama 3.Jika sudah selesai menyediakan bahan mentah untuk masakan basuhlah dengan segera 4. Alaslah dengan surat khabar atau plastik  sebelum memotong bahan-bahan masakan terutamanya bawang. 5. Jika mengelap meja jangan terus jatuhkan bahan atau sisa kotoran ke lantai, supaya kita tidak membuat kerja yang sama dua kali. 6.Pastikan peti sejuk disusun dengan kemas agar menjimatkan masa untuk kita mencari bahan yang diperlukan.

MEMBELI BARANG TERPAKAI

Tekis: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Membeli barangan terpakai bukanlah sesuatu yang merugikan. Malahan begitu menguntungkan seandainya kita bijak memilih barangan yang sesuai. Tempat seperti Rengit di Batu Pahat, menjanjikan pengalaman menarik untuk penggemar barangan terpakai. Deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan memberi pilihan kepada para peminatnya untuk menjejaki barangan yang diminati. Dari sekecil-kecil benda seperti pinggan mangkuk, penyangkut baju, seterika hinggalah kepada perabut-perabut yang besar. Namun para peminat barangan terpakai perlulah bijak membeli dan menilai barangan yang ingin dimilikinya agar tidak menyesal setelah membelinya.Pembeli perlu mengenal pasti harga pasaran dan menjangkakan harga lebih rendah sesuai dengan harga yang ditawarkan. Jangan terlalu ghairah untuk memiliki sesuatu kerana pada masa tertentu kita mungkin terpadaya dengan kata-kata penjual. Berhati-hatilah dan jangan ikut kehendak yang bukan-bukan sebaliknya pertimba

kesungguhan

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Selamat malam rakan -rakan Kesungguhan adalah rasa bersemangat yang sentiasa perlu ada pada jiwa pendidik. Kesungguhan atau ketekunan menjamin mutu kerja yang berkualiti. Siapapun yang inginkan kejayaan maka ciri utama ini perlu ada. Kesungguhan pendidik lahir dari keikhlasan hati, rasa tanggungjwab dan keinginan untuk memberi manfaat pada orang lain. Apabila lahirnya kesungguhan dalam jiwa kesannya dapat dilihat dalam beberapa aspek: 1- Hasil kerja guru yang baik, dan sentiasa dipertingkatkan 2- Peribadi guru yang begitu bersemangat walaupun banyak dugaan yang melanda 3-Kerja lebih tersusun dan sentiasa  mengambil kira keutamaan dalam kerja 4-Mengkaji tahap keberhasilan murid bagi setiap tindakan yang dilakukan. Setelah melihat kesan kesungguhan guru dalam beberapa aspek, pastinya kita dapat menjangka  bahawa guru yang punya kesungguhan dengan gabungan sifat-sifat mahmudah yang lain maka akan lahirlah insan cemerlang, gemilan

SAAT KEMATIAN DATANG

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Berita yang baru terima dari seorang rakan begitu mengejutkan. Tidak disangka seorang insan yang kelihatan begitu bersemangat tiba-tiba pengsan & terlantar di hospital. Terbayang kesungguhan insan ini dalam menjalankan tugas hariannya setiap hari tanpa rasa jemu walaupun terkadang dia insan biasa merasa sedikit terbeban. Insan tabah ini rupanya sudah lama menderita breast kanser. Kanser tahap empat yang dialaminya tidak sedikitpun menjadikan dia lemah di mata manusia, sehinggalah hari dia didapati pengsan dan semua rahsianya terbongkar. Begitu baru saya mendengar berita terlantarnya dia di hospital, jam 7 petang, telefon bimbit saya berbunyi. Itu tanda ada pesanan  baru masuk. Terkedu saya seketika. Mengalir air mata  ini.... Dia dijemput Ilahi..............tenanglah dirimu di sana. Innalillah wainnailaihirajiun Moga kematian ini menjadi pengajaran berharga buatku. Saat nyawa terpisah dari badan tiada lagi apa yang dilakuka

Nasi goreng kampung

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:carian  google Petang ini saya akan menyediakan nasi goreng kampung. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: 1. Nasi putih sebanyak dua cawan 2. Kangkung- 7 batang di potong seperti untuk masakan sayuran 3. Ikan bilis segenggam digoreng ranggup 4. Cili padi -5 tangkai 5. Sedikit belacan 6. Satu sudu kecil sos tiram 7. Satu biji telur digoreng 8. Daun bawang 9. Bawang putih sebanyak dua ulas - untuk ditumis 10. Bawang merah 3 ulas- untuk di tumis 11. 2 sudu minyak Cara penyediaannya: Pertama tumbuk cili padi bersama belacan.  Kedua panaskan kuali, masukkan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, goreng sehingga kekuningan dan garing. Ketiga angkat kedua-dua bawang yang telah digoreng, kemudian masukkan cili dan belacan yang telah ditumbuk. Masak cili sehingga hilang baunya, kemudian masukkan nasi. Kacau nasi sehingga betul-betul sebati. Keempat setelah nasi sebati dengan cili, masukkan kangkung yang te

harga sebuah ketaatan

Teks:Raslah binti  hussin Foto:tiada Setiap hari manusia berikar setia mengakui Allah Tuhan Yang Maha Esa.Tuhan yang  Maha Pemurah lagi Maha Penyayang menghadiah kita pelbagai nikmat sejak kita lahir hingga kita mati.Tiada tandingan kasihNya, melebihi kasih ibu pada anaknya.Tidak perlu membayar untuk kasihNya,atau membalas jasaNya.Tetapi manusia perlu satu menjadi hambaNya.Menyembah dan mentaatiNya...harga kepatuhan padaNya amat tinggi nilainya...taqwa,iman...membawa kita ke ke syurga...ketaatan yang membawa ketenangan pada jiwa...setiap saat & waktu...

kasih sayang berterusan

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Setiap wajah-wajah murid ini, adalah wajah yang suci, luhur dan tidak berdosa. Mereka dahagakan kasih sayang  dan perlukan ilmu untuk masa depan mereka. Tidak ada yang dapat memberikan kesan yang begitu mendalam pada jiwa anak-anak ini melainkan kasih sayang seseorang yang ikhlas terhadap mereka. Guru yang bijak bukanlah guru yang hanya bijak berbicara, tetapi guru sebenar ialah guru yang menyayangi muridnya. Sayangnya guru pada murid menginginkan muridnya menjadi lebih berjaya daripada dirinya. Berjaya di d dunia dan akhirat. Kasihnya guru pada muridnya menjadikan guru begitu tabah mengharungi detik-detik pengajaran dan pembelajaran. Kerana sayangnya guru pada muridnya akhlak yang mulia sentiasa diamalkan. Guru yang sayangkan muridnya juga akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengajar muridnya dengan pelbagai kaedah dan cara.

Bersabar menangani karenah

Teks: Raslah Binti Hussin Foto:tiada الصبر من الايمان Kesabaran adalah kunci utama untuk menangani pelajar. Pelajar yang pelbagai gaya dan rupa mengundang pelbagai persepsi di hati pendidik. Kesabaran adalah sebahagian daripada iman. Maksud sabar ialah sanggup menahan diri untuk bertindak bijak bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku. Sabar boleh lahir dalam beberapa situasi: 1) Sabar dalam tindakan iaitu menahan anggota badan dari melakukan sebarang tindakan yang membinasakan 2) Sabar dalam percakapan iaitu menahan diri dari mencaci atau mengeluarkan kata-kata kesat Bagaimana terhasilnya sifat sabar? Terhasil daripada mujahadah yang berterusan Dibekalkan dengan ilmu dan bimbingan wahyu Hati yang luhur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu

stokin opaque silvy

Image
Teks: Raslah Hussin Foto: Carian google Sekian lama saya tercari-cari produk sarung kaki yang sesuai di pakai. Namun akhirnya saya berjaya menemuinya  melalui seorang rakan. Mulanya rakan saya memperkenalkan saya kepada sarung kaki silvy yang agak nipis tetapi lebih tebal daripada sarung kaki yang berada di pasaran. Sarung kaki tersebut saya beli dengan harga yang biasa antara RM 6 hingga RM7 sepasang, saya cukup suka dengan sarung kaki ini. Tetapi kegembiraan saya tidak lama kerana sarung kaki ini tidak tahan lama dan juga tidak tahan lasak. Sehinggalah pada suatu hari saya diperkenalkan oleh rakan yang sama sarung kaki jenama silvy opaque yang lebih tahan lasak dan lebih tebal. Tetapi harganya agak mahal RM10 hingga RM11 sepasang. Namun saya tidak kisah dengan harganya kerana melihat pada kualiti dan ketahanannya. Terima kasih sahabat... https://www.facebook.com/stokinsilvysandytermurah

Berhenti menyalahkan orang lain

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Semalam saya mengunjungi pasaraya Mydin di Parit Buntar.Tujuan saya & anak-anak ke sini untuk membeli sedikit keperluan.Semasa sampai di sana,saya dan keluarga,minum kopi yang dipromosikan dihadapan pasaraya.Setelah minum,kami pun membuang cawan kertas terbabit ke dalam tong sampah.   Tiba-tiba saya ternampak satu cawan kertas terbiar di  tengah laluan masuk. Lantas saya terdetik di dalam hati ,agaknya siapalah yang minum ni...kenapa buang di sini?   Saya mula berfikir, mengapa kita suka mencari alasan,atau masalah,padahal jalan yang terbaik ambik & buang ke dalam tong sahaja.    Kita cenderung menyalahkan orang lain,padahal kita boleh bersikap positif,InsyaAllah masalah yang datang itu adalah hadiah pahala dari  Allah.

sambal udang

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Jam menunjukkan waktu 10pagi.Setelah ke pasar bersama suami pagi tadi,suami meminta saya menyediakan sambal udang. Bahan-bahanya 1-udang anggaran 15 ekor,bersaiz sederhana 2-Dua  biji bawang besar dikisar @ ditumbuk 3-Dual ulas bawang putih 4-kunyit 5-garam 6-cili yang telah dikisar anggaran dalam 20 tangkai cili kering  Cara memasak Pertamanya basuh bersih udang,kemudian letakkan sedikit garam & kunyit. Kedua goreng udang selama lebih kurang 5 minit,jangan terlampau garing. Ketiga setelah udang diangkat,tumiskan bawang yang telah dikisar .Tumis sehingga garing. Keempat masukkan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak. Kelima masukkan garam & gula serta asam jawa. Keenam masukkan udang...dan taburkan bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.

pengalaman kenduri

Teks: Raslah binti Hussin Foto: Koleksi Peribadi 15 Mac,Parit  Buntar,menyaksikan perkahwinan merpati dua sejoli yang begitu sederhana.Perkahwinan ini dihadiri sanak saudara samada dari dekat mahupun jauh. Perkahwinan bukan sahaja menyatukan dua hati malah menyatukan dual buah keluarga.Melahirkan ikatan kekeluargaan bagi insan yang belum mengenali untuk saling berkenalan.Sepertimana firman Allah yang bermaksud sesungguhnya kami jadi kamu,berbangsa-bangsa dan berpuak-puak,tidak lain supaya kamu sailing berkenalan. Hidup yang sementara ini adalah untuk menghubungkan tali persaudaraan antara satu sama lain,selain beribadah kepada Allah. Perkahwinan adalah detik terindah yang wajar dijadikan tempat untuk menimba sebanyak-banyaknya pahala.Tanggungjawab seorang isteri harus difahami dengan sebaiknya-baiknya agar segala amanah dapat dilaksanakan dengan bijaksana dan penuh kesabaran.Suami memegang tampuk utama perlu bertindak bijak menangani isteri secara berhemah.Kedua-duanya saling leng

kehidupan di kampung

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: carian google Cuti sekolah ini adalah masa paling bailk untuk balik ke kampung.Walaupun banyak perkara boleh dilakukan,namun kewajipan utama seorang anak adalah menjaga ibu bapanya terutamanya jika mereka sakit. Terasa begitu nikmat  dapat  berjumpa ibu di kampung. Melihat wajah ibu yang berkedut dimamah usia membayangkan betapa mereka begitu tabah melalui usia tua di samping anak-anak yang pelbagai ragam, semenjak kecil hingga dewasa. Tidak pernah ibu mengatakan penat dan mahu berhenti daripada tanggungjawab seorang ibu. Setabah itukah saya ketika ini?Alhamdulillah sekian kalinya lafaz itu  keluar lagi dari mulut ini, kerana masih dapat menatap wajah ibu tercinta. Kehilangan ayah sejak beberapa tahun lalu menjadikan kami anak-anak ibu semakin matang untuk memikul tanggungjawab. Kampung ini terasa begitu sunyi takkala hanya ada ibu seorang tanpa ditemani ayah, namun ibu tetap berkeras mahu berada di rumah usang itu, katanya "selagi aku sihat,

Kacang dal goreng daun kari

Image
TEKS :RASLAH BINTI HUSSIN FOTO: carian google Pada suatu petang  selepas menjalankan tugasan harian saya ke dapur melihat barang-barang yang terdapat dalam peti sejuk. Akhirnya saya dapati sebungkus kacang dal yang tinggal lebih kurang 500 gram sahaja. Saya terfikir untuk membuat dal goreng bersama daun kari. Sebelum memulakan proses menggoreng di sini saya terangkan cara-caranya: 1.Masukkan kacang ke dalam bekas,masukkan air dan rendam lebih kurang 2 jam 2.Setelah kacang kembang,toskan airnya 3.Selesai proses ke dua,panaskan minyak dalam kuali 4.Setelah minyak panas masukkan kacang dal sedikit demi sedikit,sehingga habis. 5.Setelah selesai menggoreng & letakkan beberapa helai daun kari. 6.Selesai proses menggoreng & minyak pada kacang ditoskan,masukkan garam& sedikit gula mengikut citarasa masing-masing Berminat untuk menempah,sila hubungi Raslah Hussin 0197108133..

pemakaian apron

Image
TEKS: Raslah Binti Hussin FOTO:carian google Selamat petang, sahabat-sahabat sekalian, Hari ini sukacita saya ingin berkongsi cara selamat memasak di dapur     SEBELUM MASUK KE DAPUR PASTIKAN ANDA MEMAKAI  APRON Apron ialah pakaian  yang dapat melindungi pakaian yang kita pakai. Apron boleh didapati dengan mudah di pasar raya, kedai-kedai menjual pakaian , kedai serbaneka dan sebagainya. Anda boleh dapati harga apron serendah RM2 hingga ke harga yang lebih tinggi dalam jangkaan RM20 mengikut kriteria  tertentu dan material kain yang lebih baik sesuai dengan harganya. Apapun tujuan asal apron adalah untuk mengelakkan kotoran melekat pada pakaian si pemakainya. .        PASTIKAN APRON YANG DIPAKAI BERSIH DAN MUDAH UNTUK DIPAKAIKAN PADA BADAN Setelah kita bercerita tentang tujuan apron dipakai , sekarang mari kita bercerita mengenai ciri-ciri asas yang perlu dilakukan oleh si pemakai apron, terutamnya si tukang masak di dapur. Apron mestilah bersih sebelum dipakai

syukur pada Allah

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto: carian google Syukur Pada Allah      Sekolah Kebangsaaan Felda (SK LKTP) Bukit Ramun tidak terlepas dari kehadiran para murid dan para guru setiap hari persekolahan. Seawal jam 6.45 pagi jalan mula sibuk dengan kenderaan dan murid-murid yang bersimpang siur di persimpangan jalan. SK LKTP BUKIT RAMUN       Saya sendiri datang ke sekolah dengan memandu kereta proton savvy berwarna hitam dengan ditemani anak lelaki saya.       Saya melalui kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi panaroma indah sepanjang jalan saya menuju ke sekolah. Di kiri dan kanan jalan pokok kelapa sawit sentiasa setia menabur bakti pada insan-insan yang rajin berusaha sehingga saya hampir lupa pokok-pokok ini makin tua, kelihatan makin uzur pada pandangan mata saya. Mana tidak usianya mungkin sudah 30 tahun menanti masa untuk ditebang. Ladang kelapa sawit     Menelusuri jalan-jalan sebelum tiba ke sekolah, kelihatan di kiri jalan pejabat pos kecil. Berdeka

PENGENALAN DIRI

Image
TEKS: Raslah Binti Hussin Foto: Koleksi Peribadi Raslah Hussin السلام عليكم ورحمة الله وبركاته           Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan IzinNya dapat kita bersua dalam alam maya ini untuk sama-sama berkongsi sebahagian nikmat  Allah yang begitu banyak. Salam ukhwah, Salam perkenalan,       Begitu indah hidup ini dengan kurniaanNya kehidupan yang penuh warna. Kita dilahirkan pelbagai bangsa dan rupa untuk saling berkenalan. Sejajar dengan falsafah tersebut saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan diri saya.                Nama saya Raslah Binti Hussin . Dilahirkan di Kampung Pisang, Kupang Kedah Darul Aman. Hidup saya sungguh indah dan begitu bermakna kerana diberi kasih sayang yang tidak terhinggga oleh kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta.                  Saya dibesarkan dalam keluarga yang begitu sederhana tetapi cukup mementingkan pendidikan anak-anak. Sejak saya kecil ibu dan ayah telah mengajar saya membaca Al-Quran yang menjadi asa