Bersabar menangani karenah

Teks: Raslah Binti Hussin
Foto:tiada

الصبر من الايمان
Kesabaran adalah kunci utama untuk menangani pelajar. Pelajar yang pelbagai gaya dan rupa mengundang pelbagai persepsi di hati pendidik.
Kesabaran adalah sebahagian daripada iman.
Maksud sabar ialah sanggup menahan diri untuk bertindak bijak bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku.
Sabar boleh lahir dalam beberapa situasi:
1) Sabar dalam tindakan iaitu menahan anggota badan dari melakukan sebarang tindakan yang membinasakan
2) Sabar dalam percakapan iaitu menahan diri dari mencaci atau mengeluarkan kata-kata kesat
Bagaimana terhasilnya sifat sabar?
  • Terhasil daripada mujahadah yang berterusan
  • Dibekalkan dengan ilmu dan bimbingan wahyu
  • Hati yang luhur dan ikhlas dalam melakukan sesuatu

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

MEMBELI BARANG TERPAKAI

adab berjual beli