Posts

Showing posts with the label Resepi mudah di masak

mee goreng

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Alhamdulilah masih diberikan usia yang sungguh bermakna dalam hidup ini. Maka bagi memenuhi kehidupan ini, hari ini salh ingin berkongsi resepi untuk membuat mee goreng. Bahan-bahan yang diperlukan 1. 200 gram mee kuning 2. 7 ekor udang yang sederhana besar 3. 4 sudu besar cili kisar 4.Satu ketul dada ayam yang dipotong dadu 5. satu genggam daun kucai 6. Garam & gula 7. Kicap 8.sos tiram (satu sudu kecil) 9. sebiji bawang besar dan 2 ulas bawang putih di mayang untuk tumisan Cara memasak 1.Panaskan minyak,  masukkan bawang besar dan bawang putih, tumis sehingga garing, masukkan ayam. 2. Setelah ayam masak masukkan cili kisar masak sehingga hilang bau dan naik minyak 3. seterusnya masukkan udang, setelah lebih kurang 3 minit masukkan mee, sos tiram kacau sehingga rata, kemudian masukkan kicap. 4. Setelah mee dikacau rata dan telah agak masak, masukkan sebiji telur, kemudian setelah beberapa minit, masukkan kucai...

nasi lemak

Teks:Raslah Binti Hussin Mari kita belajar cara memasak nasi lemak. Bahan yang diperlukan ialah: Dua cawan beras Santan kelapa 2 ulas bawang putih 1 biji bawang besar Daun pandan Cara memasak Basuh beras seperti biasa,toskan kemudian masukkan ke dalam Periuk dan masukkan santan,bawang yg telah dipotong,kemudian daun pandan.Masaklah seperti biasa.

kari ikan

Image
Teks:Raslah Binti Hussin Foto: Carian google Assalamualaikum,hari ini saya ingin bercerita mengenai cara memasak kari ikan. bahan -bahan yang diperlukan: Seekor ikan merah yang bersaiz sederhana, di potong mengikut kesukaan masing-masing Santan kelapa Serbuk kunyit Serbuk kari dalam anggaran 5 sudu besar Tiga sudu besar cili kering yang telah dikisar Asam jawa Satu sudu kecil lada hitam & jintan manis yang ditumbuk halus Satu biji bawang besar dan 2 ulas bawang putih yang telah ditumbuk Daun kari Kacang bendi 3 @ 2 sudu minyak masak Cara penyediaan: Panaskan minyak dalam kuali atau periuk, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih yang telah ditumbuk. Masak sehingga kekuningan. Kemudian masukkan lada hitam dan jintan yang telah ditumbuk, masa sehingga garing. Setelah itu masukkan serbuk kari   dan serbuk kunyit yang dicampurkan sedikit air. Masak sehingga naik minyak.  Setelah kari naik minyak masukkan santan dan tunggu sehingga mendidih...

sambal sotong

Image
Teks: Raslah binti Hussin Foto: Carian google Selamat malam semua rakan-rakan Sekarang mari kita sama-sama menyediakan sambal sotong cara saya Bahan-bahan yang diperlukan Bahan A 1- Sotong saiz sederhana besar 10 ekor Bahan B 2-Dua ulas bawang putih 3- Sebiji bawang besar 4- 7 sudu cili kering yang sudah dikisar 5-Garam dan gula secukup rasa 6-sos tiram 7- asam jawa 8- 2 sudu minyak masak Cara memasak: Bahan A, sotong direbus dalam 3 hingga 4 minit dan diangkat dan dibiarkan seketika. Sediakan bahan B, Bawang putih dan bawang merah ditumbuk kemudian tumis bawang tersebut sehingga garing. Setelah itu, masukkan cili kering yang telah dikisar , masak sehingga naik minyak. Setelah itu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan sos tiram satu sudu kecil dan masukkan sotong dalam masa 3-4 minit kemudian angkat dan hidangkan. Sambal sotong sedap dimakan bersama nasi lemak, roti, mee dan lain-lain lagi. Selamat mencuba....

rendang ayam kampung

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto; Carian google Salam ukhwah , salam persahabatan...... Assalamualaikum Bismillahhirrahmanirrahim Berikut saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam kampung. Bahan yang di perlukan: Bahan A 1- 500 garam ayam yang telah dipotong 2-Sebiji kelapa yang diambil santannya Bahan B(dikisar) 3- Kunyit seruas jari 4-Lengkuas anggaran satu inci sahaja 5-Serai 3 batang 6-Bawang putih sebanyak 3 ulas 7- Bawang besar 2 biji 8-15 tangkai cili padi 9-15 tangkai cili kering Bahan C 10-Kerisik lebih kurang 5 sudu besar 11-garam & gula secukup rasa 12-5 helai  daun kunyit & 5 helai daun limau purut 13- Asam jawa Cara memasak: Masukkan bahan A ke dalam kuali Kemudian masukkan bahan B, Masukkan bahan C  Masak sehingga naik minyak . kemudian sediakan pinggan untuk dihidang. Rendang ayam kampung sedap dimakan bersama nasi putih atau ketupat & lemang pada musim perayaan.

cucur udang

Image
Teks:Raslah binti Hussin Foto:carian google Resepi cucur udang Assalamualaikum rakan-rakan sekalian, Pagi ini saya akan menerangkan cara-cara untuk membuat cucur udang Bahan-bahan yang diperlukan ialah: 1-Tepung gandum 3cawan 2-udang saiz sederhana 13 ekor 3-Daun kucai,taugeh,bawang besar mengikut citarada masing-masing 4-cili yang telah dikisar anggaran 3 sudu 5-Garam secukup rasa 6- Minyak masak Caranya  Masukkan tepung gandum,setengah cawan air,udang yang telah dikupas kulitnya,kemudian kucai yang telah dipotong agak-agak dalam setengah inci,tiga genggam kucai,sedikit garam dan cili.Gaul rata-rata hingga sebati.     Setelah itu panaskan minyak.Setelah minyak panas dengan menggunakan sudu bentuklah cucur udang mengikut citarasa masing-masing.  Selamat mencuba....

Nasi goreng kampung

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:carian  google Petang ini saya akan menyediakan nasi goreng kampung. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut: 1. Nasi putih sebanyak dua cawan 2. Kangkung- 7 batang di potong seperti untuk masakan sayuran 3. Ikan bilis segenggam digoreng ranggup 4. Cili padi -5 tangkai 5. Sedikit belacan 6. Satu sudu kecil sos tiram 7. Satu biji telur digoreng 8. Daun bawang 9. Bawang putih sebanyak dua ulas - untuk ditumis 10. Bawang merah 3 ulas- untuk di tumis 11. 2 sudu minyak Cara penyediaannya: Pertama tumbuk cili padi bersama belacan.  Kedua panaskan kuali, masukkan minyak, kemudian masukkan bawang putih dan bawang merah, goreng sehingga kekuningan dan garing. Ketiga angkat kedua-dua bawang yang telah digoreng, kemudian masukkan cili dan belacan yang telah ditumbuk. Masak cili sehingga hilang baunya, kemudian masukkan nasi. Kacau nasi sehingga betul-betul sebati. Keempat setelah nasi sebati dengan cili, masukkan kangkun...

sambal udang

Image
Teks: Raslah Binti Hussin Foto:Carian google Jam menunjukkan waktu 10pagi.Setelah ke pasar bersama suami pagi tadi,suami meminta saya menyediakan sambal udang. Bahan-bahanya 1-udang anggaran 15 ekor,bersaiz sederhana 2-Dua  biji bawang besar dikisar @ ditumbuk 3-Dual ulas bawang putih 4-kunyit 5-garam 6-cili yang telah dikisar anggaran dalam 20 tangkai cili kering  Cara memasak Pertamanya basuh bersih udang,kemudian letakkan sedikit garam & kunyit. Kedua goreng udang selama lebih kurang 5 minit,jangan terlampau garing. Ketiga setelah udang diangkat,tumiskan bawang yang telah dikisar .Tumis sehingga garing. Keempat masukkan cili yang telah dikisar sehingga naik minyak. Kelima masukkan garam & gula serta asam jawa. Keenam masukkan udang...dan taburkan bawang besar yang dipotong bulat sebagai hiasan.

Kacang dal goreng daun kari

Image
TEKS :RASLAH BINTI HUSSIN FOTO: carian google Pada suatu petang  selepas menjalankan tugasan harian saya ke dapur melihat barang-barang yang terdapat dalam peti sejuk. Akhirnya saya dapati sebungkus kacang dal yang tinggal lebih kurang 500 gram sahaja. Saya terfikir untuk membuat dal goreng bersama daun kari. Sebelum memulakan proses menggoreng di sini saya terangkan cara-caranya: 1.Masukkan kacang ke dalam bekas,masukkan air dan rendam lebih kurang 2 jam 2.Setelah kacang kembang,toskan airnya 3.Selesai proses ke dua,panaskan minyak dalam kuali 4.Setelah minyak panas masukkan kacang dal sedikit demi sedikit,sehingga habis. 5.Setelah selesai menggoreng & letakkan beberapa helai daun kari. 6.Selesai proses menggoreng & minyak pada kacang ditoskan,masukkan garam& sedikit gula mengikut citarasa masing-masing Berminat untuk menempah,sila hubungi Raslah Hussin 0197108133..