rendang ayam kampung


Teks: Raslah Binti Hussin
Foto; Carian google
Salam ukhwah , salam persahabatan......
Assalamualaikum

Bismillahhirrahmanirrahim

Berikut saya senaraikan bahan-bahan untuk membuat rendang ayam kampung.


Bahan yang di perlukan:
Bahan A
1- 500 garam ayam yang telah dipotong
2-Sebiji kelapa yang diambil santannya

Bahan B(dikisar)
3- Kunyit seruas jari
4-Lengkuas anggaran satu inci sahaja
5-Serai 3 batang
6-Bawang putih sebanyak 3 ulas
7- Bawang besar 2 biji
8-15 tangkai cili padi
9-15 tangkai cili kering

Bahan C
10-Kerisik lebih kurang 5 sudu besar
11-garam & gula secukup rasa
12-5 helai  daun kunyit & 5 helai daun limau purut
13- Asam jawa

Cara memasak:

  • Masukkan bahan A ke dalam kuali
  • Kemudian masukkan bahan B,
  • Masukkan bahan C 
  • Masak sehingga naik minyak .
  • kemudian sediakan pinggan untuk dihidang.
Rendang ayam kampung sedap dimakan bersama nasi putih atau ketupat & lemang pada musim perayaan.




Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI