telekung bersulam

Teks: Raslah Binti Hussin
Foto:koleksi peribadi

Telekung merupakan pakaian rasmi bagi muslimah di nusantara. Pakaian rasmi solat ini menjadi amat penting bagi muslimah tidak mengira usia. Berbanding penduduk muslimah yang lain di negara-negara lain alam nusantara mempunyai pandangan tersendiri dalam menutup aurat ketika solat.

Pelbagai jenis telekung terdapat di pasaran dengan harga yang berpatutan sesuai dengan kualiti dan jenis produk yang dihasilkan. Bagi saya sendiri tidak salah untuk memiliki telekung yang cantik namun pemakaian telekung ini janganlah bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. Kita boleh memilih telekung cantik ini untuk dipakai ketika berada di rumah.

Khaskan telekung cantik ini untuk dipakai ketika solat berjemaah bersama suami & anak-anak. Manakala telekung yang sederhana boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Tujuannya agar kita dapat menjaga diri kita dari bersikap riak dan kurang khusyuk ketika solat.

Namun ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja. Mungkin ianya berbeza mengikut situasi seseorang.

Jika berminat boleh dapatkan telekung bersulam dengan material kain yang baik dengan harga RM45 sepasang.
Hubungi Raslah Hussin di Facebook.

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI