Pengalaman dropship

Teks: Raslah Binti Hussin
 Assalamualaikum

Bersua kita di petang yang penuh berkah ini untuk sama-sama berkongsi cerita dan pengalaman.
Hari ini saya ingin bercerita mengenai pengalaman saya dalam menjadi agen dropship.

Ceritanya bermula di sini, saya merupakan agen dropship baju muslimah. Seperti biasa saya akan mempromosikan baju-baju baru.

Namun satu hal yang tidak dapat saya lupakan ialah kejadian semasa saya menjual baju pada Kak Zah(bukan nama sebenar). Kak Zah sepertimana pelanggan dropship yang lain turut tertarik untuk membeli baju yang dipromosikan. Beberapa helai baju telah dipilih olehnya untuk diri sendiri dan kedua-dua anak perempuan.

Kak Zah telah memilih baju yang sesuai, namun setelah ukuran diberikan dia mendapati ukuran baju tersebut tidak sesuai dengan ukuran badannya. Ukuran itu nampak tidak seragam dengan ukuran biasa. Lama masa diambik untuk menggagak. Suatu hari Kak Zah menghubungi saya semula tetapi semua baju yang diinginya semuanya telah tiada stok.

Kak Zah macam merajuk sahaja, tetapi inilah jualan online, penjual harus bertindak pantas. Manakala pembeli harus bijak memilih tetapi janganlah mengambil masa yang terlalu lama kerana mereka juga harus faham perniagaan adalah satu konsep yang menekankan siapa cepat dia yang dapat. Maka sebagai ejen dropship saya hanya mampu memberi panduan, saya tidak berhak untuk memaksa pelanggan.






Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI