pemakaian apron

TEKS: Raslah Binti Hussin
FOTO:carian google
Selamat petang, sahabat-sahabat sekalian,
Hari ini sukacita saya ingin berkongsi cara selamat memasak di dapur
  •    SEBELUM MASUK KE DAPUR PASTIKAN ANDA MEMAKAI  APRON

Apron ialah pakaian  yang dapat melindungi pakaian yang kita pakai. Apron boleh didapati dengan mudah di pasar raya, kedai-kedai menjual pakaian , kedai serbaneka dan sebagainya. Anda boleh dapati harga apron serendah RM2 hingga ke harga yang lebih tinggi dalam jangkaan RM20 mengikut kriteria  tertentu dan material kain yang lebih baik sesuai dengan harganya. Apapun tujuan asal apron adalah untuk mengelakkan kotoran melekat pada pakaian si pemakainya.


  • .       PASTIKAN APRON YANG DIPAKAI BERSIH DAN MUDAH UNTUK DIPAKAIKAN PADA BADAN

Setelah kita bercerita tentang tujuan apron dipakai , sekarang mari kita bercerita mengenai ciri-ciri asas yang perlu dilakukan oleh si pemakai apron, terutamnya si tukang masak di dapur. Apron mestilah bersih sebelum dipakai setiap kali memasak. Sisa makanan yang melekat pada apron perlu dibersihkan agar tukang masak dapat masak dengan selesa.
Apron juga perlulah sesuai dipakai tidak terlalu ketat atau terlalu longgar.Seterusnya pemilihan apron yang mudah dipakai amat penting supaya, tidak mengambil masa yang lama ketika di dapur.

  •  KUKU JARI TANGAN JUGA PERLU DIPOTONG DENGAN BAIK

Kebersihan kuku perlulah sentiasa dijaga, agar kualiti makanan yang disediakan oeh si tukang masak tidak terjejas. Selain itu perlulah diingatkan bahawa kuku yang panjang dan tidak bersih memperlihatkan peribadi seseorang yang malas dan tidak mementingkan kebersihan dan boleh menyebabkan orang  lain merasa jijik untuk makan makanan yang di masak.Bukankan kebersihan itu sebahagian dari iman

Hari ini hanya  tiga perkara sahaja yang ingin saya huraikan. Tiga perkara  berikut akan saya huraikan pada episod akan datang

4.       Jika anda mempunyai luka pada tangan jangan lupa untuk meletakkan plaster
5.       Bersihkan tangan menggunakan sabun sebelum memasak

6.       Kuali atau  periuk yang akan digunakn juga perlu bersih daripada sebarang sisa makanan demi memastikan makanan tidak mudah tercemar.

Comments

Popular posts from this blog

adab berjual beli

MEMBELI BARANG TERPAKAI