kasih sayang berterusan

Teks: Raslah Binti Hussin
Foto: Carian google

Setiap wajah-wajah murid ini, adalah wajah yang suci, luhur dan tidak berdosa. Mereka dahagakan kasih sayang  dan perlukan ilmu untuk masa depan mereka.
Tidak ada yang dapat memberikan kesan yang begitu mendalam pada jiwa anak-anak ini melainkan kasih sayang seseorang yang ikhlas terhadap mereka.
Guru yang bijak bukanlah guru yang hanya bijak berbicara, tetapi guru sebenar ialah guru yang menyayangi muridnya. Sayangnya guru pada murid menginginkan muridnya menjadi lebih berjaya daripada dirinya. Berjaya di d dunia dan akhirat.
Kasihnya guru pada muridnya menjadikan guru begitu tabah mengharungi detik-detik pengajaran dan pembelajaran. Kerana sayangnya guru pada muridnya akhlak yang mulia sentiasa diamalkan. Guru yang sayangkan muridnya juga akan sentiasa cuba sedaya upaya untuk mengajar muridnya dengan pelbagai kaedah dan cara.

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

MEMBELI BARANG TERPAKAI

adab berjual beli