pemakaian apron
TEKS: Raslah Binti Hussin
FOTO:carian google
FOTO:carian google
Selamat
petang, sahabat-sahabat sekalian,
Hari ini
sukacita saya ingin berkongsi cara selamat memasak di dapur
- SEBELUM MASUK KE DAPUR PASTIKAN ANDA MEMAKAI APRON
Apron ialah pakaian yang dapat melindungi pakaian yang kita pakai.
Apron boleh didapati dengan mudah di pasar raya, kedai-kedai menjual pakaian ,
kedai serbaneka dan sebagainya. Anda boleh dapati harga apron serendah RM2 hingga
ke harga yang lebih tinggi dalam jangkaan RM20 mengikut kriteria tertentu dan material kain yang lebih baik
sesuai dengan harganya. Apapun tujuan asal apron adalah untuk mengelakkan
kotoran melekat pada pakaian si pemakainya.
- . PASTIKAN APRON YANG DIPAKAI BERSIH DAN MUDAH UNTUK DIPAKAIKAN PADA BADAN
Setelah kita bercerita tentang tujuan apron dipakai , sekarang mari kita
bercerita mengenai ciri-ciri asas yang perlu dilakukan oleh si pemakai apron,
terutamnya si tukang masak di dapur. Apron mestilah bersih sebelum dipakai
setiap kali memasak. Sisa makanan yang melekat pada apron perlu dibersihkan agar
tukang masak dapat masak dengan selesa.
Apron juga perlulah sesuai dipakai tidak terlalu ketat atau terlalu
longgar.Seterusnya pemilihan apron yang mudah dipakai amat penting supaya,
tidak mengambil masa yang lama ketika di dapur.
- KUKU JARI TANGAN JUGA PERLU DIPOTONG DENGAN BAIK
Kebersihan kuku perlulah sentiasa dijaga, agar kualiti makanan yang
disediakan oeh si tukang masak tidak terjejas. Selain itu perlulah diingatkan
bahawa kuku yang panjang dan tidak bersih memperlihatkan peribadi seseorang
yang malas dan tidak mementingkan kebersihan dan boleh menyebabkan orang lain merasa jijik untuk makan makanan yang di
masak.Bukankan kebersihan itu sebahagian dari iman
Hari ini
hanya tiga perkara sahaja yang ingin
saya huraikan. Tiga perkara berikut akan
saya huraikan pada episod akan datang
4. Jika anda
mempunyai luka pada tangan jangan lupa untuk meletakkan plaster
5. Bersihkan
tangan menggunakan sabun sebelum memasak
Comments
Post a Comment