kehidupan di kampung

Teks:Raslah Binti Hussin
Foto: carian google
Cuti sekolah ini adalah masa paling bailk untuk balik ke kampung.Walaupun banyak perkara boleh dilakukan,namun kewajipan utama seorang anak adalah menjaga ibu bapanya terutamanya jika mereka sakit.

Terasa begitu nikmat  dapat  berjumpa ibu di kampung. Melihat wajah ibu yang berkedut dimamah usia membayangkan betapa mereka begitu tabah melalui usia tua di samping anak-anak yang pelbagai ragam, semenjak kecil hingga dewasa. Tidak pernah ibu mengatakan penat dan mahu berhenti daripada tanggungjawab seorang ibu.

Setabah itukah saya ketika ini?Alhamdulillah sekian kalinya lafaz itu  keluar lagi dari mulut ini, kerana masih dapat menatap wajah ibu tercinta. Kehilangan ayah sejak beberapa tahun lalu menjadikan kami anak-anak ibu semakin matang untuk memikul tanggungjawab.

Kampung ini terasa begitu sunyi takkala hanya ada ibu seorang tanpa ditemani ayah, namun ibu tetap berkeras mahu berada di rumah usang itu, katanya "selagi aku sihat, biarkan aku hidup di sini. Di sinilah kebahagiaan ibu wahai anak-anak ibu. Ibu mengerti niat baik kalian".

Kampung ini tanah tumpahnya darah saya tetapi takdir menentukan rezeki saya bukan di sini, Sesekali apabila balik ke kampung mengimbau kembali kenangan lalu terasa begitu indah...

Hidup ini hanya sementara... masa lalu tidak akan kembali...

Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

MEMBELI BARANG TERPAKAI

adab berjual beli