belajar dan terus belajar
Teks: Raslah Binti Hussin
Foto: carian google
Foto: carian google
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pendidikan yang berterusan adalah bermkna guru istiqamah dalam menjalankan usaha menjadikan muridnya seorang insan yang mulia dan terdidik.
Dalam menjalani tugasan yang begitu mencabar, guru berdepan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran. Kadang-kadang pengalaman itu memberi banyak kebaikan dan berguna untuk masa depan. Malahan memberi manfaat yang berterusan. Tetapi guru juga tidak terlepas dari menerima nasib yang malang apabila tindakannya di salah ertikan murid.
Untuk menjadi guru yang benar-benar berjaya dalam memegang amanah ini, guru perlu belajar dan terus belajar. Pentingnya sikap ini terus di amalkan kerana:
1- Membantu guru untuk mengubah gaya pengajaran dan tindakan
2-Memberi guru semangat untuk tidak mudah berputus asa
3- Ruang & peluang digunakan sepenuhnya untuk terus menimba pengalaman
4- Memberi peluang belajar dari kesilapan untuk memperbetulkan kesilapan
5- Mengkaji teknik terbaik yang sesuai melalui ilmu, pengalaman, pengamatan serta pengajaran.
Kesimpulannya belajar & terus belajar adalah jalan unuk mencari penyelesaian. Rugilah kita berhenti untuk terus belajar. Belajar dari buaian hingga ke liang lahad.
Moga kita menjadi insan yang sentiasa ingin belajar. Ayuh teruskan semangatmu.................untuk belajar.....
Comments
Post a Comment