PENGENALAN DIRI

TEKS: Raslah Binti Hussin
Foto: Koleksi Peribadi Raslah Hussin

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


KALIGRAFY BISMILLAH » bismillah
          Alhamdulillah syukur pada Allah kerana dengan IzinNya dapat kita bersua dalam alam maya ini untuk sama-sama berkongsi sebahagian nikmat  Allah yang begitu banyak.

Salam ukhwah, Salam perkenalan, 

     Begitu indah hidup ini dengan kurniaanNya kehidupan yang penuh warna. Kita dilahirkan pelbagai bangsa dan rupa untuk saling berkenalan. Sejajar dengan falsafah tersebut saya mengambil peluang ini untuk memperkenalkan diri saya.

               Nama saya Raslah Binti Hussin. Dilahirkan di Kampung Pisang, Kupang Kedah Darul Aman.Hidup saya sungguh indah dan begitu bermakna kerana diberi kasih sayang yang tidak terhinggga oleh kedua-dua ayahanda dan bonda tercinta.

    
            Saya dibesarkan dalam keluarga yang begitu sederhana tetapi cukup mementingkan pendidikan anak-anak. Sejak saya kecil ibu dan ayah telah mengajar saya membaca Al-Quran yang menjadi asas utama kepada pendidikan Islam. Sepertimana kebiasaannya pada waktu malam saya akan mengaji Al-Quran samada bersama ayah ataupun ibu. Alhamdulillah kerana usaha mereka berdua akhirnya saya dapat membaca Al-Quran. Begitulah serba sedikit tentang penekanan ibu ayah ketika saya masih kanak-kanak sekitar 6 hingga 12 tahun. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

         Setelah menginjak ke alam remaja saya dihantar ke sekolah menengah aliran agama, untuk mendalami  pengajian agama Islam dan Bahasa Arab di samping mempelajari ilmu akademik yang lain.

                Tamat pengajian sekolah menengah Agama Arab Yayasan Khairiah , Kupang, Kedah, saya meneruskan pengajian saya  di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia sejak tahun 1999 hingga 2004 dengan memperolehi Ijazah Sains Kemanusiaan & Kesusasteraan Dalam Bahasa Arab.
Di UIA(Universiti Islam Antarabangsa ) saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan pihak Universiti dan menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang.

       Perjalanan hidup terasa begitu bermakna lagi setelah saya dapat menabur bakti dan budi dengan menjadi seorang pendidik.Hidup seharian sebagai pendidik memberi peluang saya berkenalan dengan anak-anak yang sangat istimewa, keletah yang  menarik hati..sehingga tidur saya sentisa tersenyum mengenangkan mereka.. hati saya sentiasa berkata  I Love You ...wahai murid-murid kesayanganku..



Comments

Popular posts from this blog

pemakaian apron

MEMBELI BARANG TERPAKAI

adab berjual beli