syukur pada Allah
Teks: Raslah Binti Hussin
Foto: carian google
Syukur Pada Allah
Foto: carian google
Syukur Pada Allah
Sekolah Kebangsaaan Felda (SK LKTP) Bukit Ramun tidak terlepas dari kehadiran para murid dan para guru setiap hari persekolahan. Seawal jam 6.45 pagi jalan mula sibuk dengan kenderaan dan murid-murid yang bersimpang siur di persimpangan jalan.
SK LKTP BUKIT RAMUN |
Saya sendiri datang ke sekolah dengan memandu kereta proton savvy berwarna hitam dengan ditemani anak lelaki saya.
Saya melalui kawasan ladang kelapa sawit yang menjadi panaroma indah sepanjang jalan saya menuju ke sekolah. Di kiri dan kanan jalan pokok kelapa sawit sentiasa setia menabur bakti pada insan-insan yang rajin berusaha sehingga saya hampir lupa pokok-pokok ini makin tua, kelihatan makin uzur pada pandangan mata saya. Mana tidak usianya mungkin sudah 30 tahun menanti masa untuk ditebang.
Ladang kelapa sawit |
Menelusuri jalan-jalan sebelum tiba ke sekolah, kelihatan di kiri jalan pejabat pos kecil. Berdekatannya pula sebuah gerai makanan yang menjual nasi lemak, nasi ambeng, kuih muih seperti karipap, kuih donat, seri muka, tepung talam dan pelbaga jenis kuih lagi yang saya tidak tahu apa namanya.
Sesekali saya ternampak ada orang yang berhenti untuk membeli sarapan pagi.Selain gerai makanan tersebut terdapat beberapa kedai lagi yang terletak di sebelah kanan jalan juga turut menjual sarapan pagi.Inilah makanan tradisional masyarakat melayu sejak turun-temurun.
Tiba sahaja di sekolah saya di sapa mesra oleh anak-anak didik yang sungguh comel. Setelah itu mereka menyambut tangan dan bersalaman dengan guru mereka ini, kemudian saya meneruskan tugasan harian saya seperti biasa.
Saya bersyukur kerana masih dapat melihat suasana ini hampir setiap hari dan menikmati kasih sayang Allah pada hambaNya yang hina ini untuk terus berjuang mendidik anak-anak bangsa.
Alhamdulilah Allah memberi kekuatan dan kesihatan sehingga ke hari ini..
BUAT SEMUA, HIDUP INI ADALAH PERJUANGAN............
Comments
Post a Comment