MEMBELI BARANG TERPAKAI
Tekis: Raslah Binti Hussin
Foto: Carian google
Membeli barangan terpakai bukanlah sesuatu yang merugikan. Malahan begitu menguntungkan seandainya kita bijak memilih barangan yang sesuai.
Tempat seperti Rengit di Batu Pahat, menjanjikan pengalaman menarik untuk penggemar barangan terpakai. Deretan kedai-kedai di kiri dan kanan jalan memberi pilihan kepada para peminatnya untuk menjejaki barangan yang diminati. Dari sekecil-kecil benda seperti pinggan mangkuk, penyangkut baju, seterika hinggalah kepada perabut-perabut yang besar.
Namun para peminat barangan terpakai perlulah bijak membeli dan menilai barangan yang ingin dimilikinya agar tidak menyesal setelah membelinya.Pembeli perlu mengenal pasti harga pasaran dan menjangkakan harga lebih rendah sesuai dengan harga yang ditawarkan.
Jangan terlalu ghairah untuk memiliki sesuatu kerana pada masa tertentu kita mungkin terpadaya dengan kata-kata penjual. Berhati-hatilah dan jangan ikut kehendak yang bukan-bukan sebaliknya pertimbangkan kewangan kita.
Jadilah pengguna bijak.

Comments
Post a Comment