pengorbanan ayah & ibu
Teks: Raslah Binti Hussin
Foto: Carian google
Setiap insan lahir atas kasih sayang antara dua insan yang amat istimewa ayah & ibu. Merekalah yang banyak berjasa dalam melahirkan kita. Tidak mengira siapapun kita tanpa adanya mereka mungkin kita tidak akan berjaya pada hari ini.
Pengorbanan ayah & ibu sejak dilahirkan hingga kini tidak pernah berhenti. Ibu mengandungkan anaknya 9 bulan sepuluh hari dengan susah payah akhirnya lahirlah kita. Tangisan anak ketika malam sering mengganggu tidurnya ibu, namun ibu tidak pernah penat untuk melakukan segalanya untuk anak tercinta. Anak ditatang bagaikan minyak yang penuh, di asuh dididik dengan pelbagai ilmu sehinggalah anak memasuki alam persekoah. bermula peringkat paling rendah sehinggalah seterusnya.
Ayah insan istimewa pendamping setia ibu, juga tidak pernah jemu, memberi nasihat & tunjuk ajar. Memberi nafkah untuk anak & isteri sehingga kadang-kadang ayah melupakan keinginan sendiri. Ayah memikul tanggungjawab berat memastikan rumah tangganya selamat dari ancaman luar yang akan merosakkan institusi kekeluargaannya. Maka tidak hairanlah jika ayah lebih tegas dari ibu.
Banyak pengorbanan insan bergelar ayah & ibu sehingga doanya begitu berkat kerana Allah mengangkat martabat mereka berdua.
Bertuahlah mereka yang masih punya kedua-dua ibu bapanya. Jangan diabaikan mereka..sayangilah ibu bapa kita.
Al-fatihah untuk mereka yang terlebih dahulu pergi meninggalkan kita.

Comments
Post a Comment